Alhamdulillah, pada malam ini in shaa Allah kita akan bersama-sama menuntut ilmu baharu ๐
Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada kalian semua ๐
ุจِุณْู ِ ุงَِّููู ุงูุฑَّุญْู َِٰู ุงูุฑَّุญِูู ِ
ุงْูุญَู ْุฏُ َِِّููู ุฑَุจِّ ุงْูุนَุงَูู َِูู
ุงูุฑَّุญْู َِٰู ุงูุฑَّุญِูู ِ
ู َุงِِูู َْููู ِ ุงูุฏِِّูู
ุฅَِّูุงَู َูุนْุจُุฏُ َูุฅَِّูุงَู َูุณْุชَุนُِูู
ุงْูุฏَِูุง ุงูุตِّุฑَุงุทَ ุงْูู ُุณْุชَِููู َ
ุตِุฑَุงุทَ ุงَّูุฐَِูู ุฃَْูุนَู ْุชَ ุนََِْูููู ْ ุบَْูุฑِ ุงْูู َุบْุถُูุจِ ุนََِْูููู ْ ََููุง ุงูุถَّุงَِّููู
Aamiin.
๐น Bunga- bunga Firdausi ๐น
Usrah Ringkas 17 Januari 2016
Tajuk ๐ก
"Gugur Bukan Bermakna Pasrah" ๐
Teks Usrah oleh: Arina Alecia'
Bila selalunya musim daun berguguran? Kadangkala rasa seronok tengok dedaun jatuh. Dedaun berwarna oren memikat hati. ๐
Baiklah, back to our topic tonight.
"Dedaun yang berguguran apabila musim luruh mula mengetuk bukan bermakna ia pasrah, hakikatnya untuk menpersiapkan diri menuruti sunnah Illahi, mengajar insan yang sifatnya lemah." ๐ช
Kenapa? ❓
Hikmah Allah S.W.T amat tinggi dalam mengajar & memberikan petunjuk kepada hamba2-Nya walaupun dengan sehelai daun.
Dalam surah al-An'am ayat ke-59 telah dirakamkan satu simbolik yang amat tinggi apabila Allah S.W.T berfirman, maksudnya: "…dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya…"
Musim Luruh ๐
Daun yang berguguran merupakan salah satu daripada fenomena alam. Ia dikenali dengan musim luruh @ musim gugur. Salah satu daripada 4 musim yang menunjukkan peralihan ialah daripada musim panas ke musim sejuk ❄
Musim ini berlaku di daerah beriklim sederhana. Jika hendak ditentukan dengan masa, ia berlaku pada bulan September, October & November.
Di Sebalik Daun Yang Gugur ๐๐
Pelancong suka datang untuk melihat fenomena musim luruh atau juga dikenali dengan "pemerhati daun", kerana ia menggambarkan kecantikan alam semula jadi ๐
Namun di sebalik gugurnya dedaun itu, sebenarnya menyimpan pelbagai hikmah yang juga merupakan salah satu daripada aturan "sunnatullah" ๐
๐นProses Mempersiapkan Diri๐น
Gugurnya dedaun itu bukanlah sia-sia. Ia aturan yang mesti dilalui bagi menghadapi cabaran yang lebih getir ⚡
Begitu juga dengan diri manusia yang diuji dengan pelbagai ujian yang menyebabkan ia gagah & jatuh. Namun apabila iktibar diambil daripada kejatuhan itu, maka ia menjadi pemangkin untuk lebih berjaya ✊๐ป
Justeru, jangan mudah berputus asa & anggaplah kegagalan sebagai proses mempersiapkan diri ๐ช๐ป
Ilmu Allah Maha Luas ๐
Berbalik kepada ayat surah al-An'am yang disebutkan di awal tadi, Allah S.W.T menyatakan bahawa tiada sesiapa yang dapat menandingi kekuasaan-Nya ☝๐ป
Tiada sehelai daun pun yang akan gugur ke muka bumi ini melainkan Allah mengetahuinya. Bayangkan daun-daun yang gugur ketika musim luruh, semuanya dalam pengetahuan Allah S.W.T. ๐๐
Allahu Rabbi. Allah Maha Hebat ✨
Justeru selaku hamba-Nya yang lemah, renungilah aturan Allah yang penuh dengan hikmah & kembalilah ke pangkuan-Nya. ๐
Manusia memerlukan panduan & aturan-Nya iaitu berdasarkan kepada Al-Quran & Sunnah. Hidup mesti dengan-Nya! ๐ช๐
So the moral of this usrah tonight? ❓
Pengajaran dari surah al-An'am tadi;
๐กAturan Allah S.W.T Maha Hebat walaupun hanya mengatur proses sehelai daun.
๐กGagal bukan bermakna kalah tetapi untuk memacu dengan lebih gagah.
๐กHidup mesti dengan gaya aturan Islam kerana itulah yang terbaik.
๐กMengatur & mempersiapkan diri itu aturan 'sunnatullah'.
๐กAlam merupakan hikmah terbaik bagi menyuntik semangat dalam diri.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Alhamdulillah. Sekian sahaja usrah kita malam ni ๐๐บ