Posts

Friday, 15 January 2016

USRAH 15JAN16 : Wanita Teladan; Siti Khadijah & Ummu Sulaim

๐ŸŒนUsrah Bunga-bunga Firdausi๐ŸŒน

15 JANUARI 2016

Sirah: Wanita Teladan; Khadijah Binti Khuwailid & Ummu Sulaim ๐Ÿƒ๐ŸŒบ

Teks usrah oleh: SitiNorakasah ๐Ÿ

Sebelum itu, ayuh seperti biasa kita mulakan perbincangan kita dengan bacaan al-Fatihah.

Bisirril fatihah ๐Ÿ’

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ

ุงู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

ู…َุงู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ุฏِّูŠู†ِ

ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ

ุงู‡ْุฏِู†َุง ุงู„ุตِّุฑَุงุทَ ุงู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ

ุตِุฑَุงุทَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุบَูŠْุฑِ ุงู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„َุง ุงู„ุถَّุงู„ِّูŠู†َ

Aamiin ☺
๐Ÿ’ Wanita Teladan. Siapakah mereka? Alhamdulillah pada malam ini kita akan mengenali serba sedikit mengenai dua mujahidah ini ๐Ÿ˜Š

Kheir, first of all.

๐ŸŒบKhadijah binti Khuwailid๐ŸŒบ

❤ Isteri Setia, Selalu Siap Sedia ❤

๐Ÿ’ Apa yang paling diharapkan dari seorang isteri ketika tentangan berat dan cubaan sedang dialami oleh suaminya; ya... Kesetiaan ๐Ÿ˜Š

๐Ÿ’ Suatu kali, terjadi peristiwa yang besar yang dialami oleh Rasulullah SAW. Saat beliau menyendiri di Gua Hira' merenungi kebesaran Penciptanya dan meninggalkan hiruk pikuk kejahilan kaumnya, datanglah Malaikat Jibril untuk menurunkan wahyu-Nya yang pertama.

๐Ÿ’ Berkali-kali malaikat jibril memeluknya seraya memerintahkan:-

"Bacalah!"

Berkali-kali itu juga Rasulullah SAW menjawab,

"Saya tidak dapat membaca!"

๐Ÿ’ Kemudian, turunlah surah al-Alaq ayat (1-5), maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
๐Ÿ’ Setelah kejadian tersebut, baginda kembali ke rumahnya dengan badan yang gementar.

๐Ÿ’ Ketakutannya masih belum hilang dengan apa yang baru sahaja baginda alami.

๐Ÿ’ Baginda segera masuk menemui Khadijah seraya berkata: "Selimuti aku... Selimuti aku..."
Khadijah segera menyelimutinya.

๐Ÿ’ Perasaan takut Rasulullah SAW mulai reda, kemudian baginda menceritakan kepada isterinya yang setia tentang apa yang terjadi di gua hira.

๐Ÿ’ Khadijah segera menenangkan dan menghibur suaminya.

๐Ÿ’ "Tenanglah, demi Allah Dia tidak akan pernah menghina-mu, engkau adalah orang yang suka menyambung Silaturahim, berkata jujur dan membantu orang yang lemah serta suka menolong pada jalan kebaikan".
๐ŸŽˆ Kemudian Khadijah membawa Rasulullah SAW ke rumah pakciknya, Waraqah bin Naufal; seorang tua yang buta dan banyak mengetahui tentang Isi Kitab Taurat dan Injil.


๐ŸŽˆ Khadijah menceritakan hal yang terjadi, mendengar berita tersebut Waraqah tampak gembira;

"Itu adalah Malaikat Jibril yang diturunkan kepada Nabi Musa, dan engkau adalah Nabi bagi umat ini". Katanya berseri-seri ๐Ÿ’˜๐Ÿ’–
☺ Demikianlah, Khadijah merupakan Isteri Teladan, penolong utama Rasulullah SAW. Dia membela Rasulullah SAW dengan jiwa dan hartanya.

๐Ÿ’ Dia pula yang pertama kali beriman dan membenarkan da'wahnya dan ikut merasai berat dan pedihnya tentangan dakwah Rasulullah SAW.

๐Ÿ’ Kerana itu, apabila Khadijah meninggal dunia, kenangan terindah bersamanya selalu terbayang di benak fikiran baginda.

๐Ÿ’ Baginda bersabda: "Dia beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar kepadaku, dia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, dia menyerahkan hartanya untukku ketika orang-orang mencegah hartanya untukku, dan Allah memberiku keturunan lewatnya, sementara yang lainnya tidak mendapatkannya".

๐Ÿ’ Begitu seterusnya, Rasulullah SAW didampingi Khadijah pada masa awal perjuangannya yang sangat berat sehingga ajal datang menjemputnya.

๐Ÿ’ Sewaktu Khadijah hidup, Rasulullah tidak menikahi wanita lain selainnya.
❤ SubhanAllah, betapa setianya Khadijah dan betapa Rasulullah SAW amat menyayanginya sehinggakan Nabi bersabda tentang Khadijah dan Nabi tidak menikahi wanita selainnya.

❤ Sabar, pembelajaran kita belum selesai, ayuh kita beralih kepada mujahidah seterusnya; Ummu Sulaim ๐ŸŽˆ
๐ŸŒŸ Ummu Sulaim (Rumaisha binti Milhan) ๐ŸŒŸ

๐ŸŒป Tabah Membawa Berkah ๐ŸŒป

✨ Apakah sikap anda apabila ditimpa musibah yang berat?

✨ Ambillah teladan dari ketabahan Ummu Sulaim yang bakal kita telusuri ini ❤

๐Ÿญ Ummu Sulaim merupakan isteri kepada Abu Talhah, keduanya merupakan sahabat Rasulullah SAW.

๐Ÿ“ Suatu hari, anak Abu Talhah menderita sakit. Sewaktu anaknya sakit itu, Abu Talhah terpaksa meninggalkannya atas suatu urusan yang mendesak.
๐ŸŒป Takdir Allah, di tengah kepergiannya, ajal telah menjemput nyawa sang anak.

๐ŸŒป Maka, jenazahnya segara diuruskan keluarganya dan dikebumikan tanpa hadirnya seorang bapa.

๐ŸŒป Ummu Sulaim berpesan kepada keluarganya supaya tidak ada seorang pun yang mengkhabarkan berita pemergian anaknya itu kepada Abu Talhah melainkan dia sendiri.

๐ŸŒป Selang beberapa hari kemudian, Abu Talhah kembali di waktu malam.

๐ŸŒป "Bagaimana khabar anak kita?", tak sabar dia ingin mengetahui kabar anaknya.

"Dia sekarang lebih tenang berbanding sebelumnya", Jawab Ummu Sulaim.
๐Ÿ› Ummu Sulaim segera melayani suaminya untuk makan malam.

๐Ÿ› Mereka pun menyantapi makanan malam dengan nikmatnya.

๐Ÿ› Selesai makan, Ummu Sulaim bersolek melebihi malam-malam sebelumnya.

๐Ÿ› Maka malam itu mereka lalui hubungan intim selayaknya seperti pasangan suami isteri.
๐Ÿฅ Selesai itu, Ummu Sulaim bertanya kepada suaminya:

"Apa pendapatmu, jika ada seseorang meminjamkan sesuatu kepada orang lain, kemudian suatu saat orang itu mengambilnya lagi, apakah layak orang yang dipinjamkannya mencegahnya?"

๐Ÿฅ "Jelas tidak layak", jawab Abu Talhah dengam tegas dan yakinnya.

๐Ÿƒ "Anakmu telah meninggal dunia"

๐Ÿƒ "Mengapa kamu baru beritahu aku sekarang......?"
☀ Pagi itu juga Abu Talhah mendatangi Rasulullah SAW untuk mengadukan perlakuan isterinya.

☀ Namun Rasulullah SAW bertanya kembali,

"Apakah di malam itu kalian sempat berhubungan?"

"Ya", jawab Abu Talhah.

"Semoga Allah memberkati malam kalian itu", doa Rasulullah SAW.

๐Ÿ’– Ternyata Rasulullah SAW meredhai perbuatan Ummu Sulaim yang tabah di saat menghadapi cubaan yang sangat berat.

๐Ÿ’– Sehinggakan baginda mendoakan keberkatan kepada malam yang telah mereka lalui.

๐Ÿ’– Dan berkat dari doa Rasulullah tersebut, Ummu Sulaim hamil.

๐Ÿ’ž Setelah melahirkan, sang anak diberi nama Abdullah.

๐Ÿ’˜ Diriwayatkan bahawa Abdullah ini mempunyai 9 orang anak dan kesemua anaknya hafal al-Quran.
๐ŸŒน Alhamdulillah, sekian sahaja perkongsian kita pada malam ini.

๐ŸŒน Ambillah ibrah dariada dua kisah tersebut ☺

๐ŸŒน Betapa Khadijah sentiasa ada di setiap derita dan bahagia Rasulullah. Mengorbankan segalanya buat Sang Suami.

❤ Kenangkan, kelak apabila kita sudah berumah tangga, sejauh mana ketaatan kita kepada seorang suami? ๐ŸŒบ

๐Ÿ’ Lihat pula Ummu Sulaim, di saat suaminya tiada kerana urusan yang mendesak dan anaknya sedang sakit tenat kemudian meninggal dunia.

๐Ÿ’ Dia tabah melaluinya seorang diri (walaupun diuruskan bersama keluarga). Kalau kita, berita sedemikian rupa, pasti terus kita khabarkan kepada Suami dan suami pasti akan bergegas pulang ke rumah bukan?

๐Ÿ’ Lihatlah ketabahannya, dia sanggup menunggu suaminya pulang ke rumah.

๐Ÿ’ Tanpa sebarang sosok sedih dk wajah, dia melayani suaminya seperti biasanya malam melayani suaminya dengan istimewa.

๐Ÿ’ Dengan penuh sabar dan bijak, barulah dia memberitahu berita kehilangan satu-satunya anak mereka itu.
๐Ÿ’˜ Tabah bukan mereka?

๐Ÿ’˜ Semoga kita (wanita) diberikan ketabahan sedemikian rupa, untuk mengharungi setiap rintangan yang mendatang.

Wallahuta'alam bissawab.

Keep on supporting ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ

Blogger: Bunga-bungafirdausi

IG: Bungafirdausi (Akhwat sahaja)

Telegram: Bungafirdausiofficial

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน