⭐ Slot Perbincangan Bebas- CARUT ; TANDA RAPAT ATAU KURANG ADAB ⭐
Baiklah, sebelum kita mulakan perbincangan kita ke arah yang lebih dalam- mari kita kaji dan hadam dulu apa itu konsep CARUT.
Jadi, pada pandangan kalian apakah konsep CARUT yang anda faham? apakah itu tanda kita rapat dengan seseorang atau itu tanda lemahnya adab pada kita sendiri.
🔰 Mencarut adalah perbuatan memaki hamun atau perbuatan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seseorang.
🔰 Ada setengahnya mengaggap CARUT bersama kawan itu merupakan perkara biasa, bukan satu isu yang perlu ditingikan dan bukan juga perlu dititik beratkan.
Pada pandangan anda?
🙉 Mencarut ini sebenarnya tanda jelas bahawa seseorang itu kurang adab. Mengapa?
- Allah S.W.T. menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza dengan makhluk-Nya yang lain. Antara keistimewaannya yang paling utama ialah Allah S.W.T.menciptakan akal untuk manusia berfikir dan lidah untuk berbicara. Justeru, lidah menjadi jurubicara menyampaikan apa yang terasa dalam hati dan terlintas dalam fikiran manusia.
- Manusia perlu menggunakan lidahnya untuk membicara perkara-perkara yang berfaedah. Antaranya membaca ayat-ayat suci al-quran, hadith-hadith Rasulullah s.a.w., pandangan para ulama', intelektual dan sebagainya seterusnya menyampaikannya kepada orang lain.
♎ Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
Allah Yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan al-Qur'an. Allah menciptakan manusia,mengajarnya berbicara (menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya).'
(Surah ar-Rahman : 1-4)♎
Namun begitu, ramai antara kita hanya mengentengkan perkara ini dan merasakan "eleh aku mencarut pun, solat tak tinggal" 😢
✅Dalam Islam, kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.
🔰 Perbuatan mencarut ini dipengaruhi oleh banyak faktor dan seakan telah menjadi satu budaya normal khususnya dalam kalangan remaja.
🔰 Pada pendapat anda, apakah yang menjadi punca kepada terjadinya perbuatan CARUT ini? ayuh, kita bincangkan.
💄 PUNCA KEPADA CARUT; RAPAT ATAU KURANG ADAB? 💄
- Manusia kini, bersahabat dengan pelbagai ragam. maka, mencarut ini juga merupakan ragam yang acapkali kita lihat menjadi 'trademark' remaja.
- Antara punca kepada terjadinya suka mencarut ini;
🙊 TIRU ORANG BARAT - contoh; kita suka tengok cerita orang putih kan? masalahnya, kadang ada perkataan tu kita tak faham pun makna dia. tapi sebab kita rasa "uishh macam sedap ahh ayat dia- s**t, f**k off" kita faham ke? tak kan, then tetap nak ikut jugak. sebab? sebab itu trend dari dalam cerita tu- jadi kita rasa tak salah. mudah kan, inilah kita sebenarnya.
🙊 PENGARUH RAKAN - kenapa saya kata suka mencarut ini adalah pengaruh rakan? kerana seorang remaja nisbahnya lebih banyak menghabiskan waktu dengan kawan kawannya. mula-mula tengok tv, lepastu jadi bahan santapan harian dengan alasan "alah dia tak kisah, kitorang member rapat". jadi, dari situ orang boleh nampak - 'mereka bukan contoh sahabat baik' kenapa? sebab, kalau kita berkawan dengan orang yang baik baik, kita mesti segan kan nak mencarut depan dia, tapi kalau dengan kawan rapat pun tak kisah, nampak sangat kurang adabnya.
📑 HUKUM MENCARUT 📑
🔫 Ada beberapa orang 'pendakwah' yang menegur orang lain menggunakan kata2 carut, makian & kejian, dengan alasan nak berdakwah. kalau lah mencarut, memaki & mengeji tu halal, Rasulullah sendiri dah buat masa Baginda berdakwah dulu. Tapi, itu adalah HARAM ⛔
♎ Drp Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda:
Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Manakala sikap kasar balasannya ialah neraka (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) ♎
♎ Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah.”
“Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.”♎
Kesimpulannya, kita ini dikurniakan dengan sempurna fizikalnya.
✅ Boleh bercakap
✅ Boleh melihat
✅ Boleh mendengar
✅ Boleh berfikir