🔴 Maaf tumpang tanya semua 👉🏻👈🏻 apa hukum melukis kening walaupun tidak mencukurnya?
🔵 Hukum cukur kening adalah haram. Manakala hukum mengubah sesuatu ciptaan Allah pula dapat diadaptasi melalui riwayat ini 👇🏻
Abdullah bin Mas‘ud berkata:
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
Maksudnya: Allah melaknat orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah.
Berdasarkan kepada riwayat di atas, membuat tatu, mencabut bulu-bulu yang terdapat di muka termasuk kening, menjarangkan gigi merupakan yang dilaknat oleh Allah kerana ia adalah mengubah ciptaanNya. Oleh itu, segala bentuk perbuatan mengubah ciptaan Allah adalah haram.
Manakala,
Jabir bin Abdullah r.a. telah berkata:
بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ طَبِيبًا فَقَطَعَ مِنْهُ عِرْقًا ثُمَّ كَوَاهُ عَلَيْهِ
Maksudnya: Rasulullah s.a.w. telah menghantar seorang doktor kepada Ubay bin Ka‘b lalu doktor itu memotong satu uratnya dan meletakkan besi panas padanya.
Berdasarkan kepada riwayat ini, perbuatan mengubah ciptaan Allah kerana sesuatu keperluan adalah diharuskan. Keperluan yang terkandung dalam riwayat di atas, ialah bagi menyelamatkan nyawa dan menghilang penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh pesakit.
Ulama Islam bersepakat bahawa mengubah ciptaan Allah dengan tanpa sebarang tujuan adalah haram.
Kesimpulannya, untuk merubah sesuatu perkara yg ada pada tubuh badan kita, termasuklah melukis kening tanpa mencukurnya adalah dilarang dalam Islam.
Kita juga dikategorikan sebagai orang yang menyembunyikan kebenaran.
Sebab kalau orang tak kenal kita, dia taktahu kening kita mcm mana. Dia ingat kening kita tebal dan cantik. Sedangkan, sebaliknya.
Islam melarang penuntunya untuk merubah sesuatu yang semulajadi selagimana perkara tersebut tidak mengaibkannya dan membahayakan dirinya. Wallahu'alam
Adapula bagi wanita yang bersolek pada hari perkahwinan diharuskam tetapi tidak melebihi batas-batas berhias dalam tatacara berhias dalam Islam 😊