Posts

Friday, 4 December 2015

USRAH 4DIS15 : Selembut Hati Rasulullah. Bab 1: Hamba Dan Raja Ataupun Hamba Dan Nabi

Assalamualaikum w.b.t dear haura ๐ŸŒน❤

Alhamdulillah, pada malam ini in shaa Allah kita akan bersama-sama menuntut ilmu baharu ๐Ÿ’•

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada kalian semua ๐Ÿ’˜

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ

ุงู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

ู…َุงู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ุฏِّูŠู†ِ

ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ

ุงู‡ْุฏِู†َุง ุงู„ุตِّุฑَุงุทَ ุงู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ

ุตِุฑَุงุทَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุบَูŠْุฑِ ุงู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„َุง ุงู„ุถَّุงู„ِّูŠู†َ

Aamiin.

๐ŸŒน Bunga- bunga Firdausi ๐ŸŒน

Usrah Ringkas 4 Disember 2015

Tajuk ๐Ÿ’ก

Selembut Hati Rasulullah
Bab I
Hamba dan Raja ataupun Hamba dan Nabi

Teks Usrah oleh: 73n6ku.s

๐ŸŒป At-Tabrani dan Al-Baihaqi melaporkan hadith daripada Ibnu Abbas, pada suatu hari, Rasulullah SAW dan malaikat Jibrail AS sedang duduk di atas batu karang.

๐ŸŒป Rasulullah SAW berkata kepada Jibrail AS "Wahai Jibrail, demi Zat yang mengutus kamu dengan kebenaran, keluarga Muhammad akan bermalam tanpa tepung dan gandum."

๐ŸŒธ Tidak lama selepas Rasulullah SAW menyatakan perkara itu, tiba-tiba guruh berdentum di langit sehingga mengejutkan baginda.
๐ŸŒธ Lalu baginda berkata, "Adakah Allah memerintahkan berlakunya hari Kiamat?"

✨ Malaikat Jibrail AS menjawab "Tidak, tetapi Allah memerintahkan Malaikat Israfil, supaya turun ketika mendengar percakapan kamu sebentar tadi."

✨ Malaikat Israfil tidak pernah turun kepada nabi-nabi sebelum Rasulullah SAW.
๐Ÿ Kemudian, Malaikat Israfil AS datang kepada Nabi Muhammad SAW dan berkata:-

๐Ÿ "Sesungguhnya Allah mendengar apa yang engkau katakan. Dia mengutus aku supaya membawa kunci harta simpanan bumi. Dia juga memerintahkan aku bagi memperlihatkan kepada engkau; zamrud, yakut, emas dan gunung perak. Makkah dapat berjalan bersama-sama kamu. Lalu, apakah engkau ingin menjadi seorang nabi dan raja ataupun nabi dan hamba?"

❄ Malaikat Jibrail AS memberi isyarat kepada Nabi Muhammad SAW supaya merendah diri.
๐Ÿญ Dalam Laporan Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW mengatakan, "Terdapat malaikat dari langit yang tidak pernah turun kepada nabi-nabi sebelum aku dan tidak turun lagi selepas aku. Malaikat itu adalah Israfil."

๐Ÿญ Malaikat Israfil AS berkata kepada Nabi Muhammad SAW, "Aku adalah utusan Tuhan kamu bagi menyampaikan pilihan kepada engkau. Apakah engkau ingin menjadi seorang nabi dan raja ataupun nabi dan hamba-Nya?"

๐ŸŒน Rasulullah SAW memberitahu, "Sekiranya aku katakan kepadanya, aku ingin menjadi nabi dan raja, gunung-ganang itu pasti menjadi emas untuk aku."
❓Apa yang kita cuba sampaikan dalam pengisian malam ini adalah... ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ

๐Ÿ˜„ Lihatlah betapa baik dan lembutnya hati Rasulullah SAW!

✨ Apabila Malaikat Jibrail memberi isyarat kepada baginda untuk merendah diri, baginda tidak membantah dan memilih untuk menjadi Nabi dan Hamba kepada Allah SWT.
๐ŸŒธ Sedangkan sekiranya Rasulullah mahu menjadi Nabi dan Raja, sudah tentu Nabi akan mendapatkannya dan Nabi tidak perlu hidup susah bukan?

๐ŸŒธ Allahu Akbar! Allahuma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala ali saiyidina Muhammad. Sollu allan Nabi! ๐Ÿ’•
๐Ÿ’ก Kalaulah, peluang sebegitu diberikan kepada kita.

๐Ÿ’ก Kalaulah, soalan tersebut ditujukan kepada kita.

๐Ÿ’ก Apakah jawapan kita?

๐Ÿ”ด HAMBA

Ataupun

๐Ÿ”ด Raja ❓
๐Ÿ’– Contohilah Baginda SAW. Terapkanlah sifat merendah diri itu ke dalam diri kita.

๐Ÿ’– Sedangkan Rasulullah kekasih Allah cuma memilih untuk menjadi Hamba kepada Yang Maha Esa, apa hak kita untuk mengangkat diri dan menjulang ke langit?

๐Ÿ”ด Astaghfirullah hal 'azim.
✨ Ya Huurul!

Jadilah dalam kalangan Al-Mukhbitina, sebagai orang-orang yang merendahkan diri.

๐ŸŒธ Dalam Al-Qur’an, Allah berfirman menyebut mereka dengan sifat paling mulia , yang artinya ,” Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan katata-kata yang menghina), mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung ) keselamatan ,” (Al-Furqan : 63)

✨๐Ÿ“ Extra Notes. Siapakah Malaikat Israfil❓

✨ Malaikat Israfil adalah salah satu di antara empat malaikat yang paling mulia dan bersaiz besar di sisi Allah SWT Ia ditugaskan untuk meniup sebanyak tiga kali tiupan sangkakala pada hari kiamat.
๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน


                    Itu sahaja perkongsian
kita pada malam ini, semoga apa yang dikongsikan meresap ke dalam jiwa. Menusuk ke dalam Qalb. Contohilah Rasulullah kita ya habibty. Semoga kita tergolong dalam kalamgan manusia yang beriman dan bertaqwa.

Aamiin aamiin ya Rabbal 'alamin ๐ŸŒธ

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Teruskan setia bersama kami melalui laman sosial berikut! ๐Ÿ’•

Bunga-bungafirdausi.blogspot.com
Ig: bungafirdausi
Telegram.me/bungafirdausiofficial