🌹Bunga-bunga Firdauai🌹
📖 1 Hari 1 Hadith 40 📖
💕 Hadith ke- 4 😿
🌸 Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
💖 Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh
💖 dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat:-
🌹Supaya menulis
🔴Rezekinya
🔴Ajalnya,
🔴Amalannya dan
🔴Adakah dia celaka atau bahagia.
💖 Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta,
💖 Lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka.
💖 Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta,
💖 Lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
📣📖Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam ( ( ﺔﻜﺌﻠﻤﻟا ﺮآذ بﺎﺑ ) ﻖﻠﺨﻟا nombor 3036, dan dalam ( رﺪﻘﻟا ) dan dalam ( ءﺎﻴﺒﻧﻷا ) ءﺪﺑ ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( رﺪﻘﻟا ) bab ( ﻲﻣدﻵا ﻖﻠﺥ ﺔﻴﻔﻴآ بﺎﺑ )
🍃Kefahaman Hadis : nombor 2643.).
1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim : Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
🌸 Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.
2) Ditiup Ruh : Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
🌸Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).
3) Mengugurkan janin
Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat.
🌸 Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.
4) Keluasan Ilmu Allah Maha Mengetahui
Keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya. Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).
#1Hari1Hadith40
#BungabungaFirdausi
#BBFSharing
#MuslimahBeragenda
Bunga-bungafirdausi.blogspot.com
Ig: Bungafirdausi
Telegram.com/bungafirdausiofficial