Posts

Thursday, 3 December 2015

KELAS BAHASA ARAB 2

Bismillahirrahmanirrahim.

As'salamualaikum bakal bidadari bunga-bunga firdausi 🌹

Alhamdulillahi Robbil A'lamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah, Wasolatu wassalamu a'la asyrafil anbiyai wal mursalin, walhamdulillahi rabbil a'lamin.

Jazakillah khairan khatira bagi hadir malam ni 😊
Malam ni; slot Bahasa Arab (Edisi Kursus BA); Siri ke-11 📝

Baiklah. Sebelum kita mulakan, masing² boleh standby dengan pen & buku nota usrah ya 📖

Pelajaran lepas kita belajar tentang As Saa'ah - Jam ⏰

Minggu ni kita akan masuk pelajaran baru ke-11 inshaAllah 👌

🌼Ad Darsul Haadi ‘Asyar – Pelajaran Kesebelas🌼

📐Al Maqaayiis Wal Mawaaziin – Alat-alat Pengukur dan Alat-alat Timbangan📏
🔸Al Mufradaat – Kata-kata Satu Persatu🔸

🌠Miqyaasun – alat pengukur
🌠Musta’malatun – pergunakan
🌠Al miilu – mil/batu
🌠Al buushatu – inci
🌠Kiilu mitr – kilometer
🌠Kiilu jaraamin – kilogram
🌠Jaraamun - gram
🌠Qinthaarun – sepikul/100 kati
🌠Kwintaal – kwintal
🌠Litrun – liter
🌠Adz dziraa’u – hasta
🌠Al yardatu – Yard/ela
🌠Al qadamu – kaki
🌠Asy syibru – jengkal
🌠Miizaanun – timbangan
🌠Tsaqiilatun – berat
🌠Sanjatun – batu timbangan
🌠Qabbaanun – timbangan berbatang
🌠Mutawassithatun tsaqli – sederhana beratnya
We move next sub-topic 💡

🔸Al Qiraa ah – Bacaan🔸

(This part biasanya dikeluarkan bila kita membaca)

🎈Yu’rafu thuulul asy-yaai bil maqaayiisi.
🚩Diketahui panjang segala itu dengan alat-alat pengukur.

🎈Al maqaayiisul musta’malatu fi bilaadina anwaa’un katsiiratun.
🚩Alat-alat pengukur yang dipergunakan dalam negeri ada banyak macam.

🎈Minha: Al mitru, wadz dziraa’u wal yardatu, wal qadamu, wasy syibru, wal miilu, wal buushatu.
🚩Di antaranya: meter, hasta, ela, kaki, jengkal, mil dan inci.

🎈Al mitru yusaawi ‘asyarata diisiimitraatin.
🚩1 meter sama dengan 1 desimeter.

🎈Wassintiimitru yusaawi ‘asyarata sintiimitraatin.
🚩1 desimeter sama dengan 10 sentimeter.

🎈Al kiilujraamu yusaawi alfa jitraamin.
🚩1kg sama dengan 1000 gram.

🎈Wa yuujadu aadatan likulli miizaanin sanjaatun mukhtalifatul.
🚩Dan terdapat pula biasanya bagi setiap timbangan itu ada batu timbangan yang berbeda-beda berat timbangannya.
Flash News ⚡

Kwintal adalah unit 🙆🏻

1 Kwintal = 100 kg ❤

Lebih kurang macam ton, cumanya ton;

1 ton = 1000kg

Nice question habibty 💖❤💐
🔸Al Muhaadatsah - Percakapan🔸

❓ Musa: Ya Ibrahim, qis haadzal fasla kam mitran thuuluhu?
(Musa: Hai Ibrahim, ukurlah ruangan/kelas ini berapa meter panjangnya?)

✅ Ibrahim: Thuulu haadzal fasli tsamaaniiatu amtaarin.
(Ibrahim: Panjang ruangan ini delapan meter.)

❓ Musa: Idzan, kam sintiimitran thuulu haadzal fasli?
(Musa: Jadi, berapa cm panjangnya ruangan ini?)

✅ Ibrahim: Thuuluhu tsamaanu miati sintiimitrin.
(Ibrahim: Panjangnya 800cm)

❓ Musa: Kam thuulul masaafati bainal masjidi wa baitika?
(Berapa panjangnya jarak antara masjid dengan rumahmu?)

✅ Ibrahim: Thuuluha tsalaatsatu kiiluu mitratin.
(Ibrahim: Panjangnya 3km.)
Kita akan masuk sub-topic terakhir 💝
🔸Al Iidllah – Penjelasan🔸

💡Kata kerja di dalam bahasa Arab dinamakan Fi’il.
💡Fi’il itu terdiri daripada tiga bahagian iaitu:

1. Fi’il Maadliy
👓 Kata kerja yang mengandungi erti bahawa pekerjaan itu telah selesai dikerjakan pada waktu yang lampau (sudah lepas).

2. Fi’il Mudlaari
👓 Kata kerja yang mengandungi erti bahawa pekerjaan itu sedang dikerjakan atau akan dikerjakan.

3. Fi’il Amr
👓Kata kerja yang mengandungi erti suatu perintah/amaran yang akan dikerjakan setelah selesai mengucapkan kalimat perintah itu (waktu yang akan datang)

💡Contoh:

🎈Fi’il Maadlii

📌Fa’ala – Dia (lelaki) telah selesai bekerja.
📌Kataba – Dia (lelaki) telah selesai menulis.
📌Qara-a – Dia (lelaki) telah selesai membaca.
📌Katabat – Dia (perempuan) telah selesai menulis.
📌Qara-at – Dia (perempuan) telah selesai membaca.

🎈Fi’il Amr

📌If’al – Kerjakanlah (lelaki)
📌Uktub – Tulislah (lelaki)
📌Iqra’ – Bacalah olehmu (lelaki)
📌Uktubii – Tulislah olehmu (perempuan)
📌Iqraaii – Bacalah olehmu (perempuan)

🎈Fi’il Mudlaari

📌Yaf’alu – Dia (lelaki) sedang bekerja.
📌Yaktubu – Dia (lelaki) sedang menulis.
📌Yaqra-u – Dia (lelaki) sedang membaca.
📌Taktubu – Dia (perempuan) sedang menulis.
📌Taqra-u – Dia (perempuan) sedang membaca.

Setakat ini, semua dapat faham? ❓👌
We move on next  penjelasan 💡

💡Selain dari pembahagian tersebut ada lagi yang dinamakan Fi’il Nahyi atau perbuatan larangan/cegahan yakini kembalikan daripada Fi’il Amr (perintah untuk mengerjakan).

💡Seperti:

🌠Laa taktub – Jangan menulis
🌠Laa tajlis – Jangan duduk
🌠Laa taf’al – Jangan kerjakan dan seterusnya...

❓Bagaimana nak buat ayat Fi’il Nahyi ini?

✅ Kaedahnya:

💡Ambil Fi’Il Mudlaari’ misalnya [yaktubu]
💡Kemudian matikan akhirnya [yaktub]
💡Kemudian huruf mudaari’nya (di awal Fi’il) dibuang dan diganti dengan 💡huruf [Ta] menjadi [taktub]
💡Ditambah [laa an-naahiyah] sebelumnya sehingga menjadi [laa taktub] yang bermaksud “jangan menulis”.

*p/s: [laa] bermaksud jangan

(rujuk nota yang lepas dalam penggunaan kata harian kursus siri ke-1)

🚩Contoh-contoh Fi’il Maadlii, Mudlaari, Amr & Nahyi:

🌹Qara- a – membaca/dia telah selesai membaca.
🌹Yaqra-u – dia sedang membaca.
🌹Iqra’ – bacalah!
🌹Laa taqra’ – jangan membaca!
🌹Naama – tidur/dia telah selesai tidur.
🌹Yanaamu – dia sedang tidur/akan tidur.
🌹Nam – tidur!
🌹Laa tanam – jangan tidur!
🌹Dzahaba – pergi/dia telah pergi.
🌹Yadzhabu – dia sedang pergi.
🌹Idzhab – pergilah!
🌹Laa tadzhab – jangan pergi.

Sekian sahaja kursus bahasa Arab kita malam ni mengenai 📐Al Maqaayiis Wal Mawaaziin – Alat-alat Pengukur dan Alat-alat Timbangan📏

Syukran bagi yang hadir malam ni. Maafkan segala kesilapan saya, sesiapa ada pertanyaan/persoalan boleh tanya 😌