Assalamualaikum wbt . terlebih dahulu marilah kita bersama-sama membaca ummul kitab Al-Fatihah . Alhamdulillah pada hari ini saya diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu tentang *Segala amalan bermula dengan NIAT*
Niat disini bermaksud menyembunyikan sesuatu yang disengaja di dalam hati .
Bahasa mudahnya satu keazaman di dalam hati untuk melaksanakan sesuatu amal dan perbuatan .
Menurut imam Syafie , Maliki dan Hanbali :
~niat diwajibkan dalam setiap amalan kita .
Menjadi syarat utama sesuatu perkara sama ada diberi pahala atau dosa ialah melalui niat .
Perkara ini dapat dibuktikan melalui sabda Nabi Muhammad :
"sesungguhnya setiap amalan itu dengan NIAT"
Berdasarkan hadis tadi . Adakah aku melakukan kebaikkan itu niat kerana Allah swt ? atau sekadar inginkan nama ?
Ulama fiqh bersepakat sekiranya seseorang itu berniat untuk melakukan kebajikan dan TIDAK dapat ditunaikan disebabkan sesuatu atau keadaan tertentu , tetap diberi ganjaran PAHALA .
Dengan hanya niat untuk melakukan kebaikan kita semua sudah mendapat ganjaran pahala apatah lagi jika kita melakukannya . Nikmat bukan ?
Namun , jika niat terhadap seseorang yang melakukan perbuatan hati tidak baik seperti : dengki , riya', angkuh . Dikira sebagai DOSA .
Sebagaimana hadis riwayat Abu Hurairah , sabda Nabi :
" Awasilah kamu dari hasad dengki , kerana sesungguhnya hasad dengki itu memakan amalan seperti api memakan kayu kering"
Hadis ini menjelaskan bahawa sekiranya niat kita hanya sekadar untuk perkara yang sia-sia maka segala niat yang dilakukan juga hanya sia-sia .
Kesimpulannya , segala amalan yang dilakukan oleh manusia terikat dengan niat yang dilakukan. Niat juga yang menentukan sama ada seseorang itu mendapat pahala atau dosa .
Sampai disini sahaja perkongsian ilmu kita untuk hari ini . Semoga kebaikan ini dapat di nikmati oleh kita semua . Insyaallah . Yang baik datang dari allah yang buruk datang dari kelemahan sy sendiri . Assalamualaikum .
-22Mei2015-