Posts

Sunday, 7 June 2015

7 JALAN ZINA

Assalamualaikum WBT, sebelum kita memulakan usrah kita pada malam ini, marilah kita sama-sama membaca ummul kitab Al-Fatihah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الرحمن الرحيم
مالك يوم الدين 
إياك نعبد وإياك نستعين
إهدن الصراط المستقيم
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad.
Malam ini, saya akan berkongsi sedikit ilmu tentang JALAN MENUJU ZINA. Terdapat 7 jalan menuju zina
Zina adalah satu dosa besar dan setiap perkara yang membawa kepada zina hukumnya adalah haram. Dalam Al-Quran Allah SWT tidak menyebut "Janganlah kamu berzina" tetapi Allah SWT menyebut "Janganlah kamu hamipiri zina". Maksudnya dekat sini, setiap perkara yang membawa kepada zina ni kalau kita cuma niat je dah dosa apalagi kalau dekat @ buat?
1) PANDANG-PANDANG
.
Kawan, sejak bila pulak syarat nak jadi haram tu kena naik syahwat? Tak nak syahwat pun haram jugaklah brader. Nabi, bila jalan dengan sahabat, bila Nampak wanita, nabi tolak muka sahabat tu ke tepi supaya sahabat tu tak pandang.
.
Nampak tak permainan dia?
.
Tapi hari ni, kita dengan rileks boleh friend, follow kat twitter dan instagram dengan berlainan jantina yang bukan mahram, yang mana kita pun tahu akan timbul kat news feed. Pastu, boleh pulak LIKE dan favourite gambar tu! Bapak ahhh
.
Hatta, kalau nak berurusan antara lelaki dan wanita pun (pada perkara-perkara yang dibenarkan), kena jaga pandangan dan tak boleh bertentang mata pada waktu yang lama. Haishh kalau pandang-pandang dah zina mata tu.
2) SENYUM
.
Dah usha-usha, apa lagi. Senyum menyenyumlah jawabnya. Dan startlah jatuh hati. Tak jatuh hati pun takpe, saja-saja senyum bajet macho, bajet cantik. Takdelah cantik sangat sebenarnya. Mulalah start letak smiley-smiley dan emoticon pelik-pelik. Malu nak start conversation. Try test letak smiley dulu. Pastu kita pun balas smiley.
.
Senyum kat alam realiti satu hal. Senyum kat alam maya satu hal lagi. Emoticon sekarang pelik-pelik. Konon-kononnya letak smiley sebab takut tak nak conversation tu nampak macam 'krik krik', or tak nak orang lable kita sombong. Eleh Konon je tu.
3) MEMBERI SALAM
.
Selepas dah senyum-senyum, letak emoticon bagai. So, mula lah step ketiga setan nak hancurkan kita iaitu kita mula memberi salam. Hye, intro, dan sama waktu dengany. Time ni still malu-malu, nak try test market. Sekali bila si laki text, ws si perempuan n si perempuan balas, ataupun sebaliknya. Ha lama2 tak dapat nak kawal diri mulalah saat kehancuran. SubhanAllahh ��
.
pernah tak pergi tempat asuhan budak-budak terlanjur? Cuba tanya diorang, macam mana mereka boleh terjebak dengan zina. Ada sorang tu bila tanya dia, dia jawab :
.

"SEMUANYA BERMULA DENGAN MESEJ DI FACEBOOK, SEMUANYA BERMULA "hye" YANG PERTAMA"
.
.
Sebab itulah, Ulama mengharamkan IKHTILAT. Masih tak nampak permainan setan?
.
"INTRO PLEASE, HEHE. nama saya Samdul, umur 20, tinggal kat tanjung rambutan. Awak pulak? Salam taaruf. Moga ukhwah kita berkekalan. Huhu....
.
"HYE SAMDUL. Nama saya Siti Mustautin Binti Mughallazoh. Umur kita sama! Hehe...Salam taaruf, jangan sombong okay? Saya tinggal dekat Shah Alam. Nice to meet you :)"
.
Setan ni licik sister sekalian. Ada je benda yang dia dia buat untuk hancurkan umat islam. Benda macam ni lah, permulaan pada kehancuran. Nampak tak permainan dia?
4) BUAT TEMU JANJI.
.
Bila dah start memberi salam, bersembang, dah mesra, dah boleh cerita masalah kat si dia, dah rasa ada kawan yang memahami (kononnya), hati dah berbunga, dah melting, mula lah set untuk berjumpa.
.
"BOLEH KITA JUMPA kat brlakang kantin sekolah. Saya nak bagi awak something....Dalam pukul 10:30, time rehat....okay? "
.
"BAIKLAH, HEHE. Awak nak bagi apa? Nervouslah pulak. Huhu " -,-
.
Itu baru bab nak bagi hadiah bagai. Belum masuk bab dating, nak makan kat restoren, atau buat temu janji nak jalan-jalan dan shopping sesama semua. Itu lagi mengarut. Habiskan duit mak bapak, hutang sana sini, pastu kurang ajar dengan mak bapak. Ziarah mak bapak punyalah bagi 1001 alasan tak munasabah. Memang gerun...
5) BERJUMPA
.
Yeah. Time ni, dah mula start jumpa. Makan sama-sama kat restoren mamak ( tak romantik langsung), dah start shopping kat KLCC, tengok baju, henset dan lain-lain. Mula lah bersentuhan, peluk-peluk happy, naik motor dan kereta sama-sama, atau buat study group kat KFC sambil duduk semeja dah makan sama-sama, siap pandang-pandang, sembang kosong bagai.
.
" SERONOKNYA dapat jumpa awak. Serius I cakap, awak sangat sweet!! Cantik sangat, hehe...untunglah dapat muka cantik, saya ni, takdelah hensem mana, muka macam kaki, jerawat penuh, bibir tebal. Ishh tak sangka dapat keluar dengan awak. Huhu..."
.
.
"Hehe..awak ni kelakar lah! For me, muka tak penting sangat. Yang penting, hati awak baik...huhu...Susah tau nak jumpa laki yang hati baik, maklumlah zaman sekarang, awak pun tahu. Thanks sebab awak sanggup bawak saya jalan-jalan..huhuhu..." eee lololol
.
Ini semua setan punya permainan. Takkan tak nampak lagi ?
.
Lagi malu, bila perempuan keluar malam-malam. Apa masalah ? Permpuan janganlah keluar rumah sangat, melainkan kalau betul-betul ada urusan penting. Ni boleh keluar malam-malam, lepak dengan boyfriend jual burger, aduh....Atau lepak McDonald sampai tengah malam. Mentang-mentang duduk rumah sewa, tak kantoi dengan mak ayah. Apa semua ni?
6) BERZINA
.
Bila dah jumpa, apa lagi kawan-kawan? Zina lah! Mula bawak balik rumah, atau gi belakang toilet sekolah time rehat, pegi belakang semak, dan macam-macam lagi benda yang mengarut dan tak masuk akal!.
.
Laki ni, bila sentuh tangan perempuan dan perempuan tu tak kisah, dia punya nafsu syahwat dah tak betul dah. Konon nampak sweet la main pegang-pegang tangan ni? Boleh je nak sweet-sweet time belum bernikah ni. Bukan setakat dekat dunia je kau boleh buat, dekat akhirat pon kau boleh buat. Masuk neraka sama-sama, kena seksa sama-sama. Ha nampak tak sweetnya dekat situ?.
.
Perempuan pulak, laki bagi kata-kata manis sikit, dah melting macam hape. Konon sure la mamat tu boleh jaga kau sampai mati? Kah! Dia nak mainkan kau je. Adoai jangan la bodoh sangt sayang oi.
7) MASUK NERAKA
.
Inilah FINAL ending cerita kita. Masuk neraka, di seksa atas dosa " mendekati zina" yang kita buat. Tak sedih ke? Tak takut ke? Lagi satu. Kau tak kesian ke dekat mak bapak kau?! Hari2 sembayang, doakan anaknya supaya jadi anak yang solehah yang baik yang dengar cakap mak bapak. Datang kau? Haprak. Tolong la jangan seksa mak bapak kau dekat rumah tu. Tak takut ke seksaan kubur? Seksaan dekt neraka nanti?
.
Satu hadis ada cerita, time israk mikraj, Rasulullah diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.
.
Lelaki dan perempuan itu pilih daging busuk itu dan langsung tak sentuh daging yang membangkitkan selera tu. Rasulullah diberitahu oleh jibril bahawa mereka adalah tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina. Dah ada cara halal nak puaskan nafsu, syill pilih cara haram!
.
Allah tunjukkan lagi kat Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah terlalu busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Orang neraka pun GELI melihat seksaan itu! Mereka ini, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kemaluan ( berzina).
.
Bila kita tengok balik segala jalan-jalan zina, try cek diri sendiri dah muhasabah :
"Adakah aku terjebak dalam salah satu benda kat atas?" Allahu
.
Kalau ada, hakikatnya, kitalah SALAH SATU PUNCA berleluasanya zina. Kita duk marah-marah dan caci maki orang yang berzina, tapi secara tak sedar, kitalah puncanya
Okay. Sampai disini sahaja perkongsian ilmu kita untuk hari ini. Semoga kebaikan ini dapat dinikmati oleh semua. Insyaa Allah ��. Aasif kalau ada yang terkurang. Sama2 bantu ye ��

*Perkongsian ini bukan hak milik BBF, perkongsian ini telah melalui banyak peringkat dari group-group di laman sosial. Yang satu ini kami hanya ingin berkongsi namun ianya bukan hak milik kami.

-29Mei2015-