Assalamualaikum WBT semua. Apa khabar? Sihat semua? Moga moga semua dalam keadaan yang baik-baik saja ye. Lama kita tak berusrah kan dekat alam maya. In shaa Allah malam ni kita cuci hati kita sikit dengan usrah kita.
Sebelum memulakan usrah kita malam ini, marilah kita sama-sama membaca umul kitab al-fatihah. Moga moga kita sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.
Baiklah, selepas beberapa lamanya kita tak berusrah, malam ini saya nak berusrah dan share sedikit ilmu tentang sesuatu yang BERSAHABAT BAIK dengan MANUSIA iaitu KEMAAFAN.
Apa sebenarnya kemaafan ni? Kalau nak kata maaf, semua orang boleh tahu boleh faham maaf itu apa maaf itu bagaimana kan? Tapi yang sebenar-benar maaf itu bagaimana? Haa, ni nak bagitahu ni.
Kemaafan itu secara dasarnya adalah membebaskan seseorang daripada sesuatu kesalahan iaitu dengan keampunan. Dah dasarnya pun mengampunkan jadi perlu apa berdendam kan? Tetapi kadang, individu tertentu juga zahirnya menyatakan maaf, sedang dalam hati masih simpan perasaan 'hitam'.
Kenapa kita ni susah sangat nak memaafkan? Pernah dengar kan bait ayat "sedangkan Nabi pun memaafkan umatnya inikan pula sesama manusia..." Haa, tahu kan? Tapi kenapa tak buat? Sebab kita ada simpan dendam yang kita tak buang. Sebelum nak memaafkan setiap kesalahan orang lain pada kita, kita tanyakan dulu dalam diri tu. Kenapa aku berdendam? Kenapa aku tak maafkan saja? Kenapa aku marah sangat pada dia? Tanya diri tanya hati kita.
Susah nak beri maaf pada orang, sebab api kemarahan api dendam dalam diri tu tebal sangat. Haa, Imam Ghazali ada menggariskan 3 panduan untuk manusia menghapuskan api kemarahan dalam diri. Jadinya nanti akan datanglah sifat untuk saling memaafkan orang lain.
Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).
Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.
Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.
Betul, susah nak beri kemaafan. Ye, orang cakap senanglah "maafkan je lah dia." "Apa salahnya memaafkan orang." Tapi mereka tak tanggung kecewanya, sebab kita yang tanggung. Ye, betul. Tapi kita kena tajdid semula niat kita. Untuk apa kita masih hidup lagi atas dunia ni? Untuk mencari amalan bekalan bukan? Maka, untuk apa kita sibuk2 kan hati kita menyimpan dendam pada orang lain sampaikan maaf itu kita campak tepi? Kita ego kan? Ye.
Luarannya nampak manis nampak indah, tapi dalamnya hati simpan dendam simpan marah. Firman Allah bermaksud :
“Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)
Jelas tak betapa pentingnya maf ni? Kurang jelas? Takpe, kita tengok pula dari segi peristiwa-peristiwa terdahulu.
✨Sufwan bin Umaiyah adalah salah seorang pembesar Musyrikin Mekah. Beliau telah berjanji untuk memberi upah berupa hadiah kepada Umair bin Wahab jika dapat membunuh jasad mulia Rasulullah saw. Apabila berlakunya peristiwa Futuh Mekah atau pembukaan kota Mekah, Umair bin Wahab bergegas melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh tentera Muslimin yang berjumlah 10,000 orang. Ramai di antara mereka berdiri di atas Jabal Qubais untuk menyaksikan ribuan sahabat termasuk baginda memasuki kota Mekah tanpa perlu menumpahkan walau setitik darah. Walaubagaimanapun, Umair ternyata tidak mampu untuk menahan rasa takutnya dan terus menyembunyikan diri. Lama kelamaan, Umair merasakan lebih baik beliau meminta ampun daripada Rasulullah saw kerana beliau seringkali mendengar baginda adalah seorang yang mudah memberikan maaf. Tanpa disangka-sangka, Umair memperoleh keampunan Rasulullah saw dengan serban baginda sebagai tanda perlindungan.(Riwayat Ibnu Hisyam)
Jelaskan? Indah rupanya kemaafan ini. Lalu, bagaimana pula caranya untuk bercita menjadi pemaaf?
✔Sentiasa sabar dalam setiap perkara. Banyakkan istighfar kalau ada rasa tak puas hati.
✔Sentiasa kawal perasaan marah kerana marah dalam diri kita merupakan hasutan syaitan yang sememangnya tugas mereka.
✔Jangan simpan dendam dalam diri. Dendam ni kadang boleh memghapus rasa sayang kita pada orang.
Oleh itu, makna kemaafan ni sangat mendalam sebenarnya. Dengan kemaafan ni kita dapat buang segala rasa benci kita pada manusia lain. Satu hal, pepatah ada menyatakan, kemaafan adalah dendam yang terindah. Firman Allah Swt;
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Aali Imraan (3) : 103)
Biarlah untuk sekarang, kita mengalah meminta maaf pada orang lain walaupun kadang kita takde salah pun dengan dia. Takpe, biar terlihat kita kalah dengan dia kerana kita yang minta maaf. Padahal sebenarnya maaf kita itu adalah untuk membuang titik hitam dalam hati kit yang berdendam dengan dia.
Satu perkara juga; Rumah yang indah jangan disangka tiada anai-anai. Oleh itu, berusahalah kita bersama-sama untuk menjadi indah luar indah dalam.
Takde guna sayang sekalian, kalau punya rupa indah tapi dalam hati punya dendam paling kesumat. Tetap tak indah kan?
Jadi, apa salahnya kita saling memaafkan. Kita tenang, orang lain pun tenang. Moga-moga aamiin.
Baiklah, itu sahaja perkongsian saya untuk malam ini. Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapat membuka hati kita untuk terus memaafkan orang agar kita tidak sakit dikemudian hari. Maaf andai ada yang terasa dengan perkongsian ini, kita sama-sama muhasabah semula diri kita. Setiwp isi perkongsian ini juga saya tuju untuk diri sendiri yang masih banyak kelemahannya. Semoga kita semua terus diberkati in shaa Allah.
Selamat membaca!
-15Mei2015-