Perkongsian dari ukhti.
Assalamualaikum WBT semua. Apa khabar? Sihat semua? Moga moga semua dalam keadaan yang baik-baik saja ye. Lama kita tak berusrah kan dekat alam maya. In shaa Allah malam ni kita cuci hati kita sikit dengan usrah kita.
Sebelum memulakan usrah kita malam ini, marilah kita sama-sama membaca umul kitab al-fatihah. Moga moga kita sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.
Baiklah, selepas beberapa lamanya kita tak berusrah, malam ini saya nak berusrah dan share sedikit ilmu tentang MENUJU BULAN RAMADHAN.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan
Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita? Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta'zim ( membesarkan) dan mengalu-alukannya.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapat malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga,menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluanh kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.
Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/ fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Allahumma Ballighna Ramadhan-merupakan doa dan harapan.Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat,Keampunan,Pelepasan dari Neraka).
Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramadhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.
⇨Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah S.A.W dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya,enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya ramadhan. Muslimat yang dirahmati oleh Allah SWT bagaimana pula kita?
Insha Allah disini saya akan mengupas disebalik kelebihan bulan Ramadhan.
HIKMAH BERPUASA DAN KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
1) Ketibaan ramadhan, umat islam di seluruh pelosok dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu.Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.
2) Dengan diwajibkan berpuasa,semua golongan islam,kaya dan miskin,berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat islam.
3) Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan tang selalu taat kepada Allah, justeru akan lahir pula ketangan jiwa dan ketakwaan.
4) Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
5) Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api Neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
7) Kedatangan Ramadhan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat terawih,di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu individu Muslim yang lain, khususnya mereka yang daif.
8) Puasa yang dilakukan dengan sempurna dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.
⇨Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan (semata-mata kerana Allah), diampunkan dosa-dosanya yang lalu."
9) Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dirantaikan syaitan.
10) Malam Nuzul al-Quran (17 ramadhan) merupakan saat
penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
10) Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu saat malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan dan lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT bagi orang-orang yang menghidupkannya dengan amal ibadah.
MENGAPA AMAL IBADAT KITA DITOLAK OLEH ALLAH?
Kisah Mu'az bin Jabal menangis dengan hebatnya setelah mendengar nasihat Nabi SAW bilamana beliau menceritakan amalan-amalan yang dibawa oleh Malikat Hafazah tidak dapat diterima oleh beberapa sebab sikap perbuatan hambaNya yang tidak diperkenankan.
Kisahnya begini:
Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Mu'az bin Jabal. "Apakah Hadith hadith yang tuan pernah dengar daripada Rasulullah SAW? Mu'az pun terdiam sebentar,kemudian Mu'az pun dengan tiba-tiba saja menangis dengan hebatnya, seolah-olah tidak akan berhenti lagi. Setelah lama kemudian Mu'az mulai reda dari tangisannya dan berdiam seketika, lalu Mu'az pun beceritalah.......... katanya:
Rasulullah SAW pernah bersabda: " Mudah- mudahan akan menjadi kebaikan kiranya bagimu jika engkau selalu ingat dan ssntiasa awas." Demikianlah sabdanya, lalu Mu'az pun meneruskan kisah lagi:
"Allah telah menjadikan tujuh Malaikat, sebelum Allah menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Pada setiap lapisan langit ada pintunya,ditugaskan pada setiap pintu langit seorang Malaikat yang begitu besar tersergam indah dan hebat.
( PENGUMPAT, BERMEGAH DENGAN KEBENDAAN, TAKABBUR, UJUB, HASAD DENGKI, TIDAK BERSIFAT RAHIM, RIA, TIDAK BENAR-BENAR IKHLAS).
KELEBIHAN SOLAT SUNAT TERAWIH
~Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah SAW sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi SAW, tentang fadhilat (kelebiham) sembahyang sunat terawih pada bulan ramadhan.pada bulan Ramadhan.
MALAM 1- Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan,mendapat keampunan dari Allah.
MALAM 2- Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang solat terawih serta kedua ibubapanya ( sekiranya mereka orang beriman)
MALAM 3- berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan solat terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
MALAM 4- memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,Zabur,Injil dan Al-Quran.
MALAM 5- Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang solat di Masjidilharam,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
MALAM 6- Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf),serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yanh mengerjakan solat terawih pada malam ini.
MALAM 7- Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
MALAM 8- Allah mengurnikan pahala orang solat terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim'Alaihissalam.
MALAM 9- Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad SAW
MALAM 10- Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
MALAM 11- Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
MALAM 12- Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
MALAM 13- Datang ia pada hariQiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
MALAM 14- datang malaikat menyaksikan ia solat terawih, sertaAllah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
MALAM 15-Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy,Kursi,berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
MALAM 16- Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
MALAM 17- Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
MALAM 18- Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
MALAM 19- Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
MALAM 20- Allah kuniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid san orang-orang solihin.
MALAM 21- Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
MALAM 21- Datang ia pada bari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar)
MALAM 23- Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
MALAM 24-Allah buka peluang 24 doa mustajab bagi orang berterawih malam ini, ( elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
MALAM 25- Allah Taala angkatkan drpdnya seksa kubur.
MALAM 26- Allah kurniakan orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
MAlAM 27- Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan nelintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
MALAM 28- Allah SWT kepadanya 1000 darjat di akhirat.
MALAM 29- Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 haji yang mabrur.
MALAM 30- Allah SWT beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewanya sekali,lalu berfirman:
"Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga,dan mandilah engkau daripada aur syurga yang bernama Salsabila,serta minumlah air drpd telaga yang bernama 'Al-KAUTHAR'."
{ RENUNGAN}
AL QURAN! Baca pada 1 ramadhan. Latih diri untuk membaca Al quran sebelum ramadhan!! Allahu rabbi jika tidak, rasa berat, tidak senang. Jadikan rutin kita dengan Al-quran. Sebelum ramadhan mula dgn membaca Al Quran.
Sebelum mengakhiri usrah ni, saya ingin menegaskan bahawa pada bulan Ramadhan elakkan daripada mengumpat.. jaga akhlak jaga diri daripada perkara yang mengurangkan pahala. Cari amalan yang boleh membantu meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Kita digalakkan perbanyakkan membaca al quran dan perbanyakkan bersedekah. /::)/::)
. In shaa Allah sampai di sini sahaja usrah kita malam ini. In shaa jika ade kesempatan lagi kita berjumpa lagi in shaa Allah. Semoga setiap langkah menuju kebaikan , Allah nilai disisinya
#orang yang bertaqwa, orang paling Allah cintai, dan orang yang bertaqwa juga akan mendapat pelindungan drpd Allah.
-5Jun2015-
*Percampuran hak milik