Posts

Monday, 2 May 2016

USRAH 2 MAY 16 : Sirah : Zinnirah

Assalamualaikum lovelies πŸ’–￿ in shaa Allah pada hari ini kita akan mengenali seorang wanita yang bakal menjadi inspirasi kepada kita semua ❤

Sebelum kita mulakan usrah, ayuh kita baca ummul furqan al-Fatihah ✨

Aamiin πŸƒ

Tajuk Usrah: Zinnirah 😊
Oleh: SitiNorakasah ✨
"Mata πŸ‘ Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya ❤πŸ‘€ Celik."

πŸƒ Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. πŸ‘πŸ»☺ Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. πŸ€—πŸ˜

πŸŽ‹ Ia adalah cahaya πŸ’« yang menyinari hidup insan πŸ‘€ dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. πŸ”₯ Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu πŸ™ŒπŸ» oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. ☺ Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam. πŸ™‚
πŸƒ Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah ❤ adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. πŸ’˜ Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. 😰 Beliau menerima hidayah✨ Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi πŸ‘€ di kalangan rakan karib baginda. πŸ™‚ Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T ☝🏻😌
πŸ‚ Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. 🏟 Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. ☹️πŸ’” Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. ❤😍 Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. πŸ’ͺ🏻❤

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi πŸ‘€ di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. ☺✨ beliau telah menerima dengan sepenuh hati. ❤❤ Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. 😰 Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. 🌬 Semuanya dilakukan secara berhati-hati. πŸ‘€
😭 Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab 😠 mengetahui keIslamannya. 😱 Umar telah dapat menghidu 😈 perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. 😰 Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W. 😣
πŸ‚ Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. ☹️ Apalagi, teruklah πŸ’” Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. 😭😭 Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, πŸ‘ŠπŸ» hentakan, πŸ’ͺ🏻 sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas ☀ terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, 😌🌬 di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T. ❤
Kemuncak penderaan πŸ’₯ terhadap Zinnirah ialah apabila matanya πŸ‘ dicucuk dengan besi panas. 😭πŸ”₯⛓ Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. 😎 Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. ✨☝🏻😎 Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya. 😠😌❤

"Ini untukmu Ya Allah. ❤ Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. πŸ’— Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. πŸ™‚ aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka πŸ”₯ itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." ☹️ Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. ☄πŸ’¦ Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh. ❤πŸ’ͺ🏻
Pengorbanan Zinnirah πŸ’ͺ🏻❤ mendapat cercaan ☹️☹️ kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. πŸ—£πŸ˜” Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. πŸ™„πŸ™„ Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku. 😏😌
Walaupun diuji πŸ“dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Nehi! πŸ™…πŸ»Allah memberi karamah kepadanya. ☺Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. ❤ Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. 😍☄

Sekian usrah dari saya malam ini, semoga ibrahnya dapat dijadikan tauladan ❤πŸ’—

Bunga-bunga Firdausi ©