Posts

Tuesday, 16 February 2016

USRAH 16FEB16 Tajuk Bebas : Nafsu

๐ŸŒนUsrah Bunga-bunga Firdausi๐ŸŒน

๐Ÿ—“16 FEBRUARI 2016

๐ŸŒป Slot Perbincangan Bebas; Nafsu ๐Ÿ”ฅ

Sebelum itu, ayuh seperti biasa kita mulakan perbincangan kita dengan bacaan al-Fatihah. ☝๐Ÿป️

Bisirril fatihah ๐Ÿ’

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
Al-Fฤtiฤฅah:1 - Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ
Al-Fฤtiฤฅah:2 - Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
ุงู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
Al-Fฤtiฤฅah:3 - Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

ู…َุงู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ุฏِّูŠู†ِ
Al-Fฤtiฤฅah:4 - Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ
Al-Fฤtiฤฅah:5 - Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

ุงู‡ْุฏِู†َุง ุงู„ุตِّุฑَุงุทَ ุงู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ
Al-Fฤtiฤฅah:6 - Tunjukilah kami jalan yang lurus.

ุตِุฑَุงุทَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุบَูŠْุฑِ ุงู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„َุง ุงู„ุถَّุงู„ِّูŠู†َ
Al-Fฤtiฤฅah:7 - Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Aamiin ☺
First of all, ๐Ÿ‘€ Bila kalian baca perkataan 'nafsu', apakah maksud yang bermain di fikiran anda?

Macam-macam ada bukan? ๐Ÿ’…๐Ÿป

❓Tahukah anda? Menurut Islam nafsu itu adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal pikirannya.

๐Ÿ˜‡ Nafsu ada yang baik, iaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah tetapkan.

๐Ÿ˜จ Namun ada pula nafsu yang buruk, iaitu nafsu yang hanya untuk memenuhi keinginan fikirannya saja, tanpa melibatkan hati nurani dan ketetapan Allah.
❌๐Ÿ”ฅ Nafsu yang Buruk ๐Ÿ”ฅ❌

1⃣ Nasfu Amarah ๐Ÿ‘ฟ

๐Ÿ”ฅ Nafsu yang bangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.

๐Ÿ”ฅ Nafsu ini sering memerintahkan mereka untuk melakukan keburukan.

๐Ÿ”ฅ Mereka adalah dari golongan yang bermaksiat di mata dan di hatinya. ๐Ÿ™…๐Ÿป

๐Ÿ”ฅ Mereka adalah golongan ahli neraka.
Sebagai contoh ๐Ÿ’ข๐Ÿ’ฅ

✨ Al-Quran Al-Karim telah berbicara tentang masalah ini, dan telah memberikan perumpaaan di dalam kisah Yusuf as.

๐ŸŒ› Yusuf as berkata, “Dan jika tidak Engkau hindarkan dariku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung [memenuhi keinginan mereka] dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.” (QS. Yusuf : 33)

๐Ÿ“ Ertinya, ya Allah, jika Engkau tidak menyelamatkan aku dengan rahmat-Mu, maka tentu nafsu ammarah akan membawaku kepada kehancuran; dan pada saat itu tentunya aku akan termasuk orang-orang yang bodoh.”

☝๐ŸปPada ayat yang lain Allah SWT berfirman di dalam kitab-Nya yang mulia, “Sungguh wanita itu telah bermaksud [melakukan perbuatan itu] dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud [melakukan pula] dengan wanita itu seandainya dia tidak melihat tanda [dari] Tuhannya.” (QS. Yusuf : 24).

๐Ÿ“Ertinya, Zulaikha telah cenderung kepada Yusuf, dan nafsu ammarah pun telah mendorong Yusuf as untuk cenderung kepada wanita itu. Akan tetapi kasih sayang, pertolongan, dan penjagaan Allah SWT terhadap Yusuf as. telah menghalangi kecenderungan itu.

๐Ÿ“Kata-kata “tanda [dari] Tuhannya” di dalam ayat ini bererti “keterjagaan” (ishmah), yang mencegah Yusuf dari melakukan maksiat.

☝๐Ÿป๐Ÿ”ฅ Para pembaca yang mulia, Al-Quran Al-Karim bukanlah buku cerita, yang bila-bila saja seseorang manusia hendak menikmati berbagai kisah maka dia membacanya.

☝๐Ÿป๐Ÿ”ฅ Al-Quran Al-Karim juga bukan buku sejarah, yang hendak menceritakan penggalan kehidupan salah seorang nabi, bersama para wanita yang dikuasai oleh syahwat.

☝๐Ÿป๐Ÿ˜‡ Akan tetapi Al-Quran Al-Karim adalah buku akhlak, yang lembaran demi lembarannya tidak dipenuhi kecuali dengan teladan dan akhlak yang luhur, supaya manusia mengenal nafsu ammarah mereka, yang senantiasa menyuruh kepada keburukan. Dengan begitu, meraka jauh dari kehinaan.

๐Ÿ™…๐Ÿป๐Ÿ”ฅ Ketahuilah, sesungguhnya nafsu ammarah akan membawa seseorang manusia kepada kehinaan, jika sedikit saja dia lalai, meski betapa pun sucinya dia.

๐Ÿ™…๐Ÿป๐Ÿ”ฅ Nafsu ammarah selalu mendorong tuannya untuk melakukan perbuatan-perbuatan maksiat. Ketika seorang manusia melakukan suatu keburukan, maka untuk kedua kalinya nafsu ammarah mendorongnya untuk terus melakukannya.

๐Ÿ™…๐Ÿป๐Ÿ”ฅ Berikutnya, nafsu ammarah akan menjadikan perbuatan maksiat sebagai sesuatu yang dicintai oleh pelakunya, sehingga pelakunya memandangnya sebagai suatu hal yang biasa dan wajar.

☝๐Ÿป๐Ÿ™…๐Ÿป Pada saat itulah perbuatan maksiat telah menjadi watak baginya, yang tidak mungkin dia dapat melepaskan diri darinya kecuali dengan menghadapi tingkat kesulitan yang besar.
2⃣ Nafsu Lawamah ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ™…๐Ÿป๐Ÿ”ฅ Nafsu yang menyedari apabila melakukan suatu kemungkaran.

๐Ÿ”ฅ Golongan ini beramal tetapi masih ada riak, hasut, dengki dan sebagainya.

๐Ÿ”ฅ Nafsu mereka tetap dilakukan walau mereka tahu itu salah.

๐Ÿ”ฅ Mereka adalah golongan ahli neraka.
Sebagai contoh ๐Ÿ’ข๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“Amat sedar akan kelemahan nafsunya terhadap wanita.

๐Ÿ“Amat cuba untuk menghindari dan membuang nafsu tersebut dengan membuat kebaikan.

๐Ÿ“Akan tetapi Amat kalah dengan nafsunya.

๐Ÿ“Amat memuaskan nafsunya dengan menonton video-video 18+.

๐Ÿ“Amat sedar akan kesalahannya itu dan berasa kesal.

๐Ÿ“Namun dalam masa yang sama, Amat mengulangi semula perbuatannya itu. Kemudian Amat berasa kesal semula.

๐Ÿ‘†๐Ÿป๐Ÿ™…๐Ÿป Inilah yang dimaksudkan dengan Nafsu Lawamah ๐Ÿ”ฅ
3⃣ Nafsu Marhamah ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ”ฅ Nafsu yang telah dapat membuang sifat tercela.

๐Ÿ”ฅ Walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.

๐Ÿ”ฅ Mereka adalah golongan ahli neraka.
๐ŸŒ› Walaubagaimanapun sifat-sifat baik sama ada zahir atau batinnya belum benar berakar umbi dgn teguh dalam diri dan hatinya.

๐ŸŒ› Oleh itu ia kena menjaganya dgn mengawal diri dan hatinya serta perlu meningkatkan mujahadah dan meningkatkan amalan solehnya.

๐ŸŒ› Kerana ujian ke atasnya sentiasa ada.

๐ŸŒ› Sekiranya ia tidak berjaga2 nanti Allah akan mencabut kembali makam itu menjadi lawwamah.

Sebagai contoh ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ข

๐Ÿ“Amat sudah tidak lagi menonton video-video 18+.

๐Ÿ“Akan tetapi Amat selalu berfikir-fikir untuk menontonnya semula.

๐Ÿ“Sekiranya Amat tidak melawan dan tidak berhati-hati dengan hasutan tersebut, Amat akan kehilangan nafsu Marhamah nya dan jatuh ke nafsu laawammah itu semula ☝๐Ÿป๐Ÿ”ฅ
๐Ÿ˜‡✅ Nafsu yang Baik ✅๐Ÿ˜‡

4⃣ Nafsu Mutmainah ๐Ÿฌ

๐Ÿ’ก Nafsu yang lemah lembut.

๐Ÿ’ก Mereka mendapat ketenangan dan menghilangkan gelisah di jiwa.

๐Ÿ’ก Mereka adalah orang yang soleh.

๐Ÿ’ก Golongan ini adalah dijamin syurga.
๐Ÿ’ก Hasil latihan yg berterusan, nafsu marhamah akan meningkat kepada nafsu mutmainnah.

๐Ÿ’ก Hati sudah sampai ke peringkat suci dan tenang.

๐Ÿ’ก Nafsu mutmainnah adalah martabat nafsu pertama yg telah mula mendapat keredhaan Allah dan ia telah layak memasuki syurga.

๐Ÿ“š๐Ÿ“Œ Firman Allah,

“ Wahai org yg bernafsu mutmainnah, pulanglah ke pangkuan tuhan-Mu dalam keadaan redha-merdhai dan masuklah ke dalam golongan hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)

Sebagai contoh ๐Ÿ’๐ŸŽ‰

๐Ÿ“Amat tidak tunduk kepada nafsu marhamahnya.

๐Ÿ“Amat berjaya memasuki fasa ke-4 nafsu iaitu Nafsu Mutmainah.

๐Ÿ“Kini Amat juga menunjukkan sifat-sifat yang menepati ciri-ciri Nafsu Mutmainah.

๐Ÿ“Amat menjadi seorang yang murah hati dan tidak mengutamakan wang.

๐Ÿ“Amat kini lebih banyak beribadah; wajib mahupu  sunat.

๐Ÿ“Amat benar-benar redha dengan segala ketentuan Allah ๐Ÿฌ๐Ÿ˜‡
5⃣ Nafsu Raudiah ๐Ÿญ

๐Ÿ’ก Nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk mencintai Allah sepenuhnya.

๐Ÿ’กMereka bergaul dengan orang banyak tetapi hatinya semata-mata hanya kepada Allah.

๐Ÿ’ก Mereka bisa juga disebut sebagai Wali Allah.

๐Ÿ’ก Hasil kegigihan melatih diri utk memakrifatkn diri kepada Allah, org yg bernafsu mutmainnah akan meningkat kepada nafsu radhiah.
๐Ÿ’ก Org ini memiliki keseluruhan sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dgn Allah.

๐Ÿ’ก Org ini mendapat pimpinan ilmu laduni dan mempunyai pandangan mata hati yg tajam atau dikenali sbg firasat.

๐Ÿ“š๐Ÿ“Œ Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

“ Takutilah akan firasat org mukmin, bahawasanya org2 mukmin itu melihat dgn nur Allah (petunjuk Allah SWT). “ (Riwayat At-Tirmizi)

๐Ÿ’ก Tabiat org peringkat ini luar biasa, ia tidak takut pada bala Allah dan tidak tahu gembira pada nikmat Allah, yg ia tahu hanya keredhaan Allah dan hukuman-Nya.

๐Ÿ“š๐Ÿ“ŒFirman Allah yg bermaksud:

“ Sesungguhnya wali2 Allah itu tak pernah rasa takut dan bimbang.”  (Surah Yunus: 62)

๐Ÿ’ก Nafsu mereka sudah terkikis dari akar umbinya sekali dan mereka disinari oleh nur syuhud kepada makrifat, bertalu2 masuk ke dalam hati nurani yg tetap waja itu.

๐Ÿ’ก Alam di sekeliling mereka laksana cermin. Apabila melihat alam ia ‘nampak’ (teringat atau terasa) akan Allah.

๐Ÿ’ก Hal itu berlaku setiap ketika. Makam ini jg disebut sbg makam musyahadah spt mana Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis ttg sifat ‘al-ihsan’.

๐Ÿ“š๐Ÿ“Œ Sabda Rasulullah SAW:

“ … maksud ehsan ialah apabila engkau menyembah Allah hendaklah terasa seolah2 engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya ketahuilah bahawa Allah melihat kamu.” (Riwayat Muslim)
Sebagai contoh ๐Ÿ’๐ŸŽ‰

๐Ÿ“Dek ibadah yang semakin bertambah, Amat kini mendapat tempat disisi Allah.

๐Ÿ“Usaha Amat dalam mencari redha Allah telah menyebabkan Allah memilih Amat untuk merasai kelebihan-kelebihan yang ada.

๐Ÿ“Amat kini sentiasa zuhud.

๐Ÿ“Amat juga berasa ikhlas dalam setiap perkara.

๐Ÿ“Tindak-tanduk Amat kini yang terlihat hanyalah Wara'.

๐Ÿ“Amat kini meninggalkan segala perkara yang bukan urusannya.

๐Ÿ“Amat menjaga hukum-hakam Allah.

๐Ÿ“Amat juga mempunyai sifat kerohanian yang sangat tinggi.

๐Ÿ“Amat merasa nikmat melakukan kebajikandan berbudi luhur.

๐Ÿ“ Zikir wirid Amat menjadi hebat, bukan sekadar di lidah tetapi hatinya penuh khusyu’ dan tawadhu’ mengingati Allah.

๐Ÿ“š๐Ÿ“Œ Firman Allah SWT:

“ Berzikirlah pada Tuhanmu dalam hatinya dalam keadaan merendah diri dan takut. “ (Al-A’raf:205)
6⃣ NAFSU MARDHIAH ๐Ÿซ

๐Ÿ’ก Mereka yg telah sampai ke peringkat nafsu mardhiah kelihatan lebih tenang dan tenteram.

๐Ÿ’ก Hati dan jiwanya telah benar2 sebati dgn Allah SWT.

๐Ÿ“š๐Ÿ“Œ Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:

“ Apabila kamu sekalian melihat seseorg mukmin itu pendiam dan tenang, maka dekatilah ia. Sesungguhnya dia akan mengajar kamu ‘hikmat’. “ (Riwayat Ibnu Majah)

๐Ÿ’ก Segala gerak-geri org di peringkat nafsu ini diredhai Allah.

๐Ÿ“š๐Ÿ“Œ Sabda Rasulullah SAW dlm hadis Qudsi:

“ Sentiasalah hamba-Ku berdampingan kepada-Ku dgn mengerjakan ibadat sunat hingga aku kasihkan dia maka apbila Aku kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya yg ia mendengar dgnnya, penglihatan yg ia melihat dgnnya, pertuturan lidahnya yg ia bertutur dgnnya, penampar tgnnya yg ia menampar dgnnya, berjalan kakinya yg ia berjalan dgnnya dan berfikir hatinya yg ia berfikir dgnnya. “ (Riwayat Imam Bukhari)

๐Ÿ’ก Org yg dapat mencapai martabat nafsu mardhiah digelar wali Allah dlm martabat yg istimewa.
Sebagai Contoh ๐Ÿ’๐ŸŽ‰

๐Ÿ“Kini Amat bukan bergelar Amat lagi, dia sudah tidak dikenali oleh duniawi akan keburukannya.

๐Ÿ“ Dia elok dan tinggi budi atau kesusilaan umpama nabi2.

๐Ÿ“Lemah-lembut dalam pergaulan masyarakat sebagaimana perangai nabi2.

๐Ÿ“ Sentiasa ghairah utk berdamping dan beribadah kepada Allah.

๐Ÿ“ Sentiasa berfikir pada kebesaran Allah.

๐Ÿ“ Redha dan rela dgn apa2 pemberian Allah dan lain2 sifat trpuji.
7⃣ NAFSU KAMILAH ๐Ÿฏ

๐Ÿฅ Org yg berada di peringkat nafsu kamilah ini, berada di peringkat nafsu tertinggi.

๐Ÿฅ Setiap perlakuannya benar2 mengikut garis keredhaan Allah dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan.

๐Ÿฅ Cintanya tertumpu pada Allah, ingatannya pada Allah tidak pernah putus.

๐Ÿ“š๐Ÿ“Œ Allah SWT membayangkannya dalam hadis Qudsi yg brmaksud:

“ Sesungguhnya telah lama org yg baik2 itu rindu utk brtemu dgn Aku, dan (sebaliknya) Aku lebih rindu utk bertemu dgn mereka. ” (Riwayat Abu Darda’)

๐Ÿฅ Hanya para rasul, para nabi dan wali Allah shj yg boleh sampai ke taraf nafsu kamilah.

๐Ÿฅ Org soleh, pejuang kebenaran boleh menuju ke tingkat nafsu yg tinggi itu dgn proses mujahadah yg bersungguh2.

Sebagai contoh ๐Ÿ’๐ŸŽ‰

๐Ÿ“Tiada lagi contoh mengenai Amat.

๐Ÿ“Sebab Amat sedang bersungguh-sungguh mahu bermuhajadah ke nafsu kamilah.

๐Ÿ“Amat sedang memperbaiki nafsunya.

๐Ÿ“Anda? Bila lagi?
๐ŸŒป Kesimpulannya, apabila kita telah mengenal di mana tahap nafsu kita, maka dptlah kita berusaha meningkatkannya ke peringkat yg lebih tinggi dan mendorongnya kpd kebaikan.

๐ŸŒป Bahkan tuntutan meningkatkn nafsu ke makam yg tinggi adalah diperintahkn.

๐ŸŒป Kerana org yg berada di peringkat nafsu terendah yg bertaraf binatang, bererti ia sentiasa berada dalam suasana maksiat dan berdosa serta menderhakai Allah.

๐ŸŒป Maka wajiblah meninggalkan segala maksiat dan kembali menjadi hamba Allah yg taat.

๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ

Keep on supporting us! ❤

IG: @bungafirdausik
Channel: @bungafirdausiofficial
Blog: @Bunga-bungafirdausi

๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ