Posts

Sunday, 10 January 2016

USRAH 10JAN16 Tajuk Bebas: Jodoh

Assalamualaikum! ๐Ÿ˜Š

In shaa Allah pada malam ini, kita akan membincangkan sebuah topik yang telah dipilih ๐ŸŒน❤

Malam ini, topik yang dipilih adalah berkaitan jodoh ๐Ÿ‘ซ

Meremang bulu roma erk? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜จ

Sebelum tu, mari kita mulakan perbincangan dengan bacaan al-Fatihah,

Bisirril Fatihah ❤

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ

ุงู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

ู…َุงู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ุฏِّูŠู†ِ

ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ

ุงู‡ْุฏِู†َุง ุงู„ุตِّุฑَุงุทَ ุงู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ

ุตِุฑَุงุทَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุบَูŠْุฑِ ุงู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„َุง ุงู„ุถَّุงู„ِّูŠู†َ
✨ Bila anda terbaca perkataan "Jodoh", apa yang terlintas di fikiran anda?

Ataupun "siapa" yang terlintas di fikiran anda? ๐Ÿ˜‹

Heee ampun ye, keep it to yourself I takkan tanya ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™Š

Okay so! Siapa? Eh ๐Ÿ™Š

Apa yang korang faham tentang jodoh? ๐Ÿ˜Š๐ŸŒน
✨ Sohih, setiap kali kita berbicara ttg jodoh, ramai yang fikirkan pasangan hidup, lelaki dan perempuan disatukan, dua hati yang menjadi satu ๐Ÿ‘ช

✨ Namun, berapa ramai antara kita yang terfikir jodoh terhadap kematian?

Hmm ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

✨ Mungkin ada mungkin tidak but it's okay ๐Ÿ˜Š
๐Ÿ’ž Tidak mengapa, in shaa Allah pada malam ini kita akan berbicara tentang jodoh.

✨ Tahukah anda, menurut Islam jodoh ini terbahagi kepada tiga?

๐Ÿ’ Ya, terdapat 3 jenis jodoh.

1) JODOH DARI SYAITAN ๐Ÿ˜ˆ

๐Ÿ‘น Lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN ๐Ÿ‘บ

๐Ÿ‘ฟ Lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH ❤

Pandangan dua pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu, lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
๐Ÿ’ Apakah tanda-tanda bahawa kita sudah menemui jodoh kita? ๐Ÿ˜ฑ

Berikut merupakan 3 tanda kita sudah menemui jodoh yang diperoleh di laman blog, http://www.ilmu-batin.com ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’

1) "Siapa yang paling memahami keadaan anda" ๐Ÿ’

๐Ÿ’ž Jodoh bermula dari hati ke hati, maka jika ada orang yang benar-benar mencintai anda, ialah mereka yang bisa memaklumi anda dari hati iaitu memahami dari berbagai segi fizikal, perasaan, keadaan dan yang terpenting ia yang mau menerima anda seadanya.

2) "Siapa yang paling mampu memaafkan kesalahan anda" ๐Ÿ’

๐Ÿ’ž Memang sangat sukar untuk mendapatkan pasangan baik, apalagi ia mempunyai sikap pemaaf.

๐Ÿ’ž Pada dasarnya manusia mempunyai  batas kesabaran yang berbeza, namun setidaknya ia dapat memaafkan kesalahan anda.

๐Ÿ’ž Kerana pasangan yang mencintai anda dengan tulus ialah mereka yang mampu memaafkan segala kesalahan yang anda lakukan.

๐Ÿ’ž Namun yang perlu anda garis bawaha, jangan sampai anda melakukan kesalahan fatal, kerana pasangan anda juga manusia biasa yang memiliki batasan kesabaran.

3) "Siapa yang selalu memotivasi diri anda" ๐Ÿ’

๐Ÿ’ž Dalam hidup tidak selamanya diatas, seperti halnya roda yang berputar.

๐Ÿ’ž Seiring jalannya waktu hidup juga berputar terkadang diatas, terkadang dibawah.

๐Ÿ’ž Maksudnya pasangan yang baik ialah mereka yang selalu memotivasi diri anda walaupun posisi hidup anda dibawah.

๐Ÿ’ž Kerana dewasa ini sekali lelaki maupun wanita yang mencari pasangan hanya berdasarkan fizikal dan material.

๐Ÿ’ž Ketika mempunyai segala-galanya ia mendekat, namum ketika semua kekayaan hilang ia menjauh.

๐Ÿ’ž Maka dari situ carilah pasangan yang setia memotivasi diri anda walaupun posisi hidup anda tidak kaya raya.
❤ Setelah Anda membaca ketiga hal diatas, bolehlah anda simpulkan bahwa segala sesuatunya harus diarahkan pada kebaikan dan mendorong kita juga untuk lebih giat beribadah kepada Allah.

❤ Insya Allah dengan langkah yang Anda ambil tersebut akan mengarahkan Anda untuk menemukan dan meminang jodoh yang tepat.

❤ Lagi pula Allah tidak pernah ingkar atas segala janjinya. Sedetik pun Allah juga tidak akan pernah menunda takdir seseorang. Ini lah bukti kekuasaan-Nya.
❤ Allah Taala berfirman: “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram bersamanya, dan dijadikanNya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kekuasananNya) bagi kaum yang berfikir”. (QS. Ar-Ruum:30)
๐Ÿ’ Rasulullah SAW memberikan tuntunan kepada kita tentang wanita seperti apa yang harus dipilih:

“Seorang perempuan biasanya dinikahi kerana empat perkara: Harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Maka utamakan memilih wanita yang beragama, kamu akan merugi (bila tidak memilihnya).” (HR. Bukhari)
๐Ÿ’ž Namun, apa yang kamu faham mengenai 4 perkara itu? ๐Ÿ˜‰

๐Ÿ’ž Ramai orang yang sering mempersoalkan tiga perkara di atas; kecantikan, keturunan dan harta. ๐Ÿ˜Š

๐Ÿ’• Namun apakah maksud Nabi kita yang sebenarnya?
๐Ÿ’ Maksud Rasulullah terhadap kecantikan ialah mereka yang menjadi penyedap mata kamu, memberi kamu ketenangan.

Tak semestinya kena pilih Miss Universe. Tapi pilihlah mereka yang cantik di mata kamu.

Perempuan juga boleh rujuk kepada 4 perkara ini, lelaki yang "handsome" dimata kamu tulah boleh menjadi jodoh kamu. Tak perlu artis artis tu, unless jodoh kamu dengan artis ๐Ÿ™Š
๐Ÿ’ Maksud Rasulullah terhadap keturunan pula adalah mereka yang mempunyai latar belakang yang baik.

Ya ini serious.

Nabi tak berapa galakkan kita memilih jodoh yang mempunyai latar belakang yang kaki pukul (contohnya), kerana itu boleh membentuk waris kita.

Maksudnya disini, "genetik" mereka tetap akan flow pada anak-anak kita, so tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan mengulangi kejahatan tersebut.
๐Ÿ’ Maksud Rasulullah terhadap harta pula adalah mereka yang sekufu dengan kita.

Sekufu= setaraf ๐Ÿ˜Š

Biasanya kalau perempuan, cari lelaki kalau boleh yang tarafnya sama atau atas daripada kita.

Sebab apa? Sebab takut perasaan "bangga" tu muncul dlm diri, memanglah kita kata takkan lah sbb kita tahu diri kita.

Tapi, kena ingat. Iblis, takkan duduk diam ๐Ÿ˜‰

Lelaki tidak digalakkan untuk mengahwini mereka yang tidak sekufu. Contoh, Doktor dan tukang sapu.

Melainkan seorang isteri tu jenis yg taat, bayangkan macam mana suami nak didik isteri kalau isterinya sombong, bongkak?

Tak mustahil tapi kena ingat, iblis takkan duduk diam ๐Ÿ˜‰
❤ Doa Mahabbah untuk Mendapatkan Jodoh

๐Ÿ’ž Do'a Mahabbah kami merupakan sebuah do’a ayat al-Qur’an yang mempunyai faedah salah satunya adalah agar kita bisa disayangi dan dikasihi oleh orang-orang yang kita cintai, suami, istri, anak-anak, kerabat, sahabat, tetangga, dan lain sebagainya. Doa ini meliputi keseluruhannya dan InsyaAllah bagi siapapun yang mengamalkan Doa Mahabbah akan dikasihi dan disayangi setiap manusia. Jika ia seorang majikan, orang bawahanya akan menyukainya dan jika ia seorang pekerja, orang atasan akan menyukainya.

❤ Do’a ini sangat baik diamalkan agar mendapatkan pasangan suami atau istri dan menjadi pasangan yang setia serta penyayang sehingga terjalin keluarga yang harmonis.

❤ Kasih sayang bertambah erat dan kukuh.

❤ Berikut adalah do’a mahabbah yang kami kutip dari artinya.

๐Ÿ’• Katakanlah:  “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Ali Imran:Ayat 31)

((Rujukan blog tadi))
๐Ÿ’ Kesimpulannya, berbicara soal jodoh sememangnya menyeronokkan.

๐Ÿ’ Namun, jangan sesekali kita mengambil mudah terhadap perkara ini.

๐Ÿ’ Ingat, jodoh kita ni lah yang akan menentukan tempat kita di akhirat kelak.

๐Ÿ’ Adakah jodoh kita mampu membawa kita ke syurga? Atau hanya menghanyutkan kita ke dalam api neraka?

๐Ÿ’ Selepas bertemu jodoh, pastinya ada keturunan @ waris. Adakah waris kita akan menarik kita ke syurga atau neraka?

๐Ÿ’ Apa yang mahu kita jawab di hadapan Allah kelak?

๐Ÿ’ Jodoh jangan didesak. Rancang dengan teliti dan pintalah redha Illahi.

๐Ÿ’ Jodoh jangan dibawa berfikir selalu, biar jodoh datang sendiri kerana kehendak dari Allah


๐Ÿ’ Bukan tak boleh merancang, tapi perancangan Allah adalah lebih baik kan? ^^

Wallahu'alam bissawab ❤
๐Ÿ’ Alhamdulillah, sekian sahaja perbincangan pada malam ini.