Posts

Thursday, 9 July 2015

LAILATUL QADR

🌹Bunga-bunga Firdausi🌹
Pada malam malam terakhir ini, sudah pasti semuanya mengejar lailatul qadr bukan?
Sedikit tips untuk mendapatkan pahala dengan mudah supaya semua orang mendapat kebaikan 1000 bulan ☺
1. Bersedekah.
Walaupun kita cuma bayar rm1 ataupun 10 sen tapi kalau kita kerap menderma di masjid atau surau pd hari hari akhir ini, adalah mustahil sekiranya di antara malam malam itu tidak ada malam lailatul qadr.
Dan walaupun 10 sen tapi sekiranya seikhlas hati dan berniat utk mengejar lailatul qadr, dan juga sekiranya malam tersebut adalah malam lailatul qadr kita akan diibaratkan menderma 10sen selama 1000 bulan iaitu selama 84 tahun 3 bulan 😊
2. Solat sunat dua rakaat.
Sama juga huraian seperti di atas. Sekiranya kita solat sunat 2 rakaat dan solat kita bertepatan pada malam lailatul qadr, ibarat kita melakulan solat sunat 2 rakaat selama 84 tahun 3 bulan.
3. Hafaz suratul ikhlas.
Bacalah surah ikhlas sebanyak 3 kali, dan sekiranya bertepatan dengan malam lailatul qadr, diibaratkan seperti kita khatam quran sebanyak 84 tahun 3 bulan.
Allahu akbar, mudah bukan? Bukan mengatakan bahawa kita tidak perlu bertungkus lumus. Hanya orang orang terpilih mampu berbuat sedemikian. Cuma, ini adalah salah satu cara, supaya semua umat islam mampu untuk mengejar dan mendapat kebaikan dari malam 1000 bulan. In shaa Allah
Perkongsian dari ustaz Azam SMKPG2
9july2015