Assalamualaikum, alhamdulillah untuk bulan penuh mulia. Dah 17 Ramadhan, alhamdulillah. Apa khabar jiwa semua orang? Semoga semua sentiasa baik2 sahaja.
Sebelum mulakan sedikit perkongsian malam ni, mari sama-sama kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat dan ummul kitab al-fatihah.
Baiklah, perkongsian kita malam ni adalah tentang Rabbul Izzati. Rasa nak kongsi tentang apa yang saya baca, sebab rasa sentap bila baca setiap yang saya dapat. Moga-moga bermanfaat ye ☺
Apakah itu Rabbul Izati?
🌹Rabbul Izzati bermaksud Allah Maha Berkuasa.
Allah Maha Berkuasa atas segala bentuk dimuka bumi ini.
Allah Maha Berkuasa atas segala bentuk dimuka bumi ini.
🌹Allah juga berkuasa atas segala nikmat yang diberikan kepada setiap manusia iaitu kita. Jadi bagaimana seseorang manusia itu boleh ingkar terhadap apa yang Allah dah beri? *Tersedak*
🌹 Sebagai seorang manusia juga, tak selayaknya kita bersikap seperti "diri aku suka hati aku. Takdo sapa pun boleh halang aku." Wah, spesies manusia lupa siapa yang lebih berkuasa dekat dunia ni.
🌹Maka, apa yang boleh kita lakukan bagi mendekatkan diri pada Rabbul Izzati? Antaranya,
1) Solat pada awal waktu; dimana bila dengar azan je segerakan solat berbanding perkara lain. *pheww, tersedak lagi. Muhasabah*
"Allah SWT memang mempunyai sifat Maha Sabar, akan tetapi Allah SWT juga mempunyai sifat Maha Adil. Allah SWT akan mengadili seadil-adilnya setiap perbuatan-perbuatan kita, entah itu perbuatan baik maupun perbuatan buruk. Kita menunda sholat kita, maka Allah SWT pun akan demikian. Mungkin Allah SWT akan menunda rezeki kita, mungkin Allah SWT akan menunda jodoh kita, atau bahkan mungkin Allah SWT akan menunda umur kita. Dengan kata lain, kita dipanggil olehNya"
2) Memberikan yang terbaik kepada orang tua;
" Rasulullah SAW bersabda juga pada hadits yang lain, bahwa surga itu berada dikedua telapak kaki ibu. Namun walupun tidak ada hadits yang mengistimewa kan seorang ayah, kita sebagai anak yang telah dibesarkan bukan hanya oleh ibu kita, tetapi juga oleh ayah kita. Maka, memberikan yang terbaik bukan hanya kepada ibu kita saja tetapi juga harus kepada ayah kita juga."
3) Jihad Fi Sabilillah; jihad kerana Allah. Zaman sekarang, berapa ramai antara kita berjihad semata-mata kerana Allah? *pheww, tersedak lagi, sendiri lagi terasa*
" Jihad adalah berperang dengan keadaan ketika kita diserang dan bukan kita yang menyerang, jihad dilakukan dengan kekuatan yang sama-sama kuat, bukan dengan menyerang kelompok-kelompok kecil."
Seperti itulah antara tiga Amalan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, sehingga Allah SWT akan menyayangi kita. Selain itu, boleh juga sentiasa basahkan lidah kita dengan zikirullah.
Bila ada masa lapang je, terus zikir, zikir, zikir. In shaa Allah, zikir itu juga salah satu cara dekatkan diri kepada Allah.
Bila zikir je masa lapang, masa tu kita takkan rasa terbuang macam tu je, in shaa Allah *ustaz pesan* hehe.
Secara simpulnya, marilah sama-sama kita dekatkan diri kepada Rabbul Izzati dengan antara cara-cara yang mudah ni. In shaa Allah, memang kita bukan yang terbaik, tapi sekurangnya kita boleh cuba jadi terbaik. Moga-moga, in shaa Allah aamiin.