Posts

Monday, 1 February 2016

USRAH 1FEB16 Tajuk Bebas: Gangguan Jin/ Makhluk Halus

๐ŸŒน Usrah Bunga-bunga Firdausi ๐ŸŒน

1FEBRUARI 2016

Tajuk : Gangguan Jin / Makhluk Halus ๐Ÿ‘ฃ

Pilihan tajuk oleh : Haida ('96)

———————————————————
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Aamiin.
๐Ÿพ Mahluk Halus ๐Ÿพ

๐Ÿ‘€ Makhluk halus ialah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT tanpa berjisim yang kebiasaannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar atau dirasa.
๐Ÿ‘€ Makhluk halus ini ada asal kejadian daripada cahaya iaitu malaikat yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan ada pula yang asal kejadiannya daripada api iaitu jin, iblis, syaitan dan sebagainya.
๐Ÿ‘€ Di dalam al-Quran ada dinyatakan dengan jelas bahawa adanya musuh manusia yang sentiasa menunggu untuk menyesatkan manusia iaitu jin, iblis, syaitan.

๐Ÿ“’ Dalam peristiwa kejadian Adam, Allah SWT telah memerintahkan iblis supaya sujud menghormati kejadianNya iaitu Adam. Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam. Oleh sebab itu Allah SWT telah melaknat iblis dan menghukumkannya sebagai kafir.

 ูˆَู„َู‚َุฏْ ุฎَู„َู‚ْู†َุงูƒُู…ْ ุซُู…َّ ุตَูˆَّุฑْู†َุงูƒُู…ْ ุซُู…َّ ู‚ُู„ْู†َุง ู„ِู„ْู…َู„ุงุฆِูƒَุฉِ ุงุณْุฌُุฏُูˆุง ู„ุขุฏَู…َ ูَุณَุฌَุฏُูˆุง ุฅِู„ุง ุฅِุจْู„ِูŠุณَ ู„َู…ْ ูŠَูƒُู†ْ ู…ِู†َ ุงู„ุณَّุงุฌِุฏِูŠู†َ
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud."

๐Ÿ“ฉ Sujud yang dimaksudkan di sini adalah SUJUD TAHIYYAT dan bukan sujud kebaktian kerana sujud kebaktian hanyalah kepada Allah SWT sahaja.

๐Ÿ‘€ Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh manusia disebabkan unsur asal kejadiannya yang berlainan daripada unsur kejadian manusia.
๐Ÿ‘€ Ini merupakan salah satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia. Andainya Allah s.w.t. memperlihatkan jasad jin dan syaitan, umumnya kekuatan manusia akan lemah melihatkan makhluk halus yang dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza dengan jasad manusia.
๐Ÿ‘€ Makhluk2 ini terbentuk daripada zat halus (athir) yang tidak ada halangan bagi zat itu untuk menyerupai sesuatu yang dikehendaki. ๐Ÿ‘€ Makhluk halus juga boleh menembusi sesuatu, yang tidak disekat atau dihalangi oleh bahan-bahan udara, air dan sebagainya.

๐Ÿ“– p/s : Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah SWT.

๐Ÿพ Jin ๐Ÿพ

๐Ÿ‘€ Jin dalam bahasa Arab berasal daripada kata ijtinan yang bermaksud tidak terlihat.
๐Ÿ‘€ Dalam Islam dan mitologi Arab pra-Islam, jin adalah salah satu ras mahluk yang tidak terlihat dan diciptakan dari api.
๐Ÿ‘€ Dinamakan jin kerana ianya tersembunyi wujudnya dari pandangan mata manusia. Itulah sebabnya jin dalam wujud aslinya tidak dapat dilihat mata manusia.
๐Ÿ‘€ Kalau ada manusia yang dapat melihat jin, maka jin yang dilihatnya itu adalah jin yang sedang menjelma dalam wujud makhluk yang dapat dilihat mata manusia biasa.

๐Ÿ“’ Surah Al-Hijr ayat 26 – 27:
Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kerontang yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia dari api yang sangat panas.”

๐Ÿ“ฉ Pada dasarnya bentuk rupa Jin tidak banyak berbeza dari bentuk rupa manusia, mereka memiliki jenis kelamin, hidung, mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya sama seperti manusia.
๐Ÿ“ฉ Hanya perbezaan fizikal jin adalah lebih kecil dan halus dari manusia; ada yang pendek, tinggi dan bermacam-macam warnanya, iaitu putih, merah, biru, hitam dan sebagainya.
๐Ÿ“ฉ Jin kafir dan Jin Islam yang fasik itu memiliki rupa yang buruk dan menakutkan.
๐Ÿ“ฉ Sedangkan Jin Islam yang soleh memiliki paras yang elok.

๐Ÿ“– Di dalam sebuah hadis, baginda Rasulullah saw bersabda :

ุงู„ุฌِู†ُّ ุนู„ู‰ ุซَู„َุงุซَุฉِ ุฃَุตْู†َุงูٍ ุตِู†ْูٌ ู„َู‡ُู…ْ ุฃَุฌْู†ِุญَุฉٌ ูŠَุทِูŠุฑُูˆู†َ ููŠ ุงู„ู‡َูˆَุงุกِ ูˆَุตِู†ْูٌ ุญَูŠَّุงุชٌ ูˆَูƒِู„َุงุจٌ ูˆَุตِู†ْูٌ ูŠَุญِู„ُّูˆْู†َ ูˆَูŠَุธْุนَู†ُูˆْู†َ
Maksudnya : “ Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari ( di udara ), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.”
( Riwayat al-Hakim di  dalam al-Mustadrak)

❗ JIN dan MAKHLUK HALUS itu berbeza, tetapi masih di dalam kategori MAKHLUK GHAIB.

๐Ÿ“’ Jenis Jin ๐Ÿ“’

✏ ‘IFRIT – Jin yang mempunyai daya menipu
dan kekuatan yg luar biasa’.

Firman Allah, surah Al-Naml ayat 39 ;
"Berkata 'Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin:
"Aku akan datang kepadamu dengan
membawa singgahsana itu kepadamu
sebelum kamu berdiri dari tempat
dudukmu; Sesungguhnya Aku benar-benar
Kuat untuk membawanya lagi dapat
dipercayai".

✏ SYAITAN – Ketua segala anasir yang
membuat kebinasaan, kafir, fasiq, sombong,
enggan sujud kepada Adam as dan dia
dikutuk dan dilaknat.

Firman Allah , surah Al-An’am ayat 112 ;
Maksudnya : "Dan Demikianlah kami jadikan
bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-
syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis)
jin".

✏ AL MARID – Jin yang degil dan jahat.

Firman Allah, surah Al-Nisa’ ayat 117 ;
Maksudnya : "mereka tidak lain hanyalah
menyembah syaitan yang durhaka"

✏ AL AWAMIR – Jin ini suka tinggal dalam
rumah-rumah manusia, samada keluarga
baik maupun keluarga jahat. Jin ini boleh
menyerupai binatang ular.

Sabda Nabi saw daripada Abu Said Al-
Khudri :
"Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin
yang telah menganut agama Islam. Barang
siapa yang melihat sesuatu daripada
golongan Awamir (jin yg tinggal dalam
rumah) maka hendaklah mengarahkan ia
keluar (sebanyak 3x). Jika jin itu enggan
keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana
ianya adalah syaitan"
(Al-Bukhari)

✏ AL ARWAH – Jin yang suka mengganggu
kanak-kanak. Ia juga dipanggil jin roh.

Ulama berselisih pendapat tentang nama jin
ini kerana bagi sebahagian ulama
mengatakan roh yang disebut dalam Al
quran membawa pelbagai maksud.

๐Ÿพ Gangguan Makhluk Halus / Jin ๐Ÿพ

๐Ÿ’ญ Punca daripada Jin
๐Ÿ“ขJin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
๐Ÿ“ขJin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
๐Ÿ“ขDengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
๐Ÿ“ขBalas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.

๐Ÿ’ญ Punca daripada manusia
๐Ÿ“ขKecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
๐Ÿ“ขTidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
๐Ÿ“ขTukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.

๐Ÿ’ญ Tanda-tanda Gangguan
๐Ÿ“ขMudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
๐Ÿ“ขSering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

๐Ÿ“ฉ p/s : kalau pernah alami, mohon kalau mampu dikongsi tanda tandanya juga ๐Ÿ“ฉ

๐ŸพCara Merawat๐Ÿพ

๐Ÿ“ขAmalkan Al - Fatihah sekali selepas solat . (Diamalkan selalu sehingga akhir hayat amat digalakkan.)
๐Ÿ“ข "Bismillahillazi layadurru ma'asmihi syai'un fil ardi wala fissama' wahuwassami'un 'alim " 7 kali pagi dan petang
๐Ÿ“ขBanyakkan berzikir dan membaca ayat kursi selepas solat.
๐Ÿ“ขAmalkan bacaan surah 3 Qul sebelum tidur.
๐Ÿ“ขKurangkan hiburan yang melalaikan dan boleh menyesatkan (cth: minat sangat dekat lagu K-POP tapi tak faham satu apa pun yang dia nyanyi dan kita ikut je sebab sedap sangat lagu tu. ❗❗)

๐Ÿ“œ Kesimpulannya, kita ini muslim maka cara hidupnya juga perlulah berlandaskan dari mana asalnya kita.
๐Ÿ“œSentiasalah mengamalkan setiap ajaran Islam dalam diri dan berusaha untuk hindarkan segala bau negatif yang boleh memesongkan diri dan agama kita.

"ya Allah, lindungilah keluargaku, sahabatku, dan jiranku dari segala gangguan makhluk halus dan makhluk kasar, aamiin."

Moga Bermaanfaat.
๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ INFO TAMBAHAN ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ

๐Ÿ™‹ Apa itu gangguan jin secara ringkas?
๐Ÿ“Tersampuk', 'terlangkah', 'terpijak', 'terkena', 'kacau tempat', 'terambil', 'sergah', dan seumpama dengannya, itulah yang dinamakan GANGGUAN JIN. selalunya mereka akan 'terkena' apabila semangat mereka agak lemah dan sentiasa dihurungi perasaan 'sentiasa' takut akan hantu dan seumpama dengannya. Tetapi tidak mustahil juga mereka yang kuat semangat boleh diganggu oleh JIN yang cuba mencucukkan jarum tipu muslihatnya kepada makhluk manusia.

๐Ÿ™‹ Adakah Jin boleh beranak pinak?
๐Ÿ“Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan JIN dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka JIN perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak JIN yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.

๐Ÿ™‹ Ada tak cara yang mudah untuk lindung diri kita?
๐Ÿ“1.Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa.
3. Baca ayat-ayat Muawwizat (3 surah; surah al-Ikhlas, surah al-Falaq & surah al-Naas)sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.