��Bunga- bunga Firdausi ��
Perkongsian Ringkas �� 26 Jun 2015
Tajuk ��
�� NEVER MISCONCEPT HIJAB FOR ONLY ANGELS/
HIJAB BUKAN HANYA UNTUK PARA BIDADARI ��
Oleh: sitinorakasah_
Assalamualaikum w.b.t ��
Salam Ramadhan ��
Salam Ukhuwah ��
Kita mulakan perkongsian kita pada malam ini dengan bacaan ummul kitab al-fatihah
بسم الله الرحمن الرحيم .
الحمد لله رب العالمين .
الرحمن الرحيم .
مالك يوم الدين .
إياك نعبد وإياك نستعين .
إهدن الصراط المستقيم .
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين .
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي| وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي|
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي| يَفْقَهُوا قَوْلِي
Amma ba'd.
�� HIJAB ��
❓Apa itu hijab?
Adakah ianya sejenis makanan? Sejenis binatang? Sejenis kawasan?
Bukan.
Hijab adalah sejenis mahkota- mahkota kehormatan ☺
��Flashback kepada zaman jahiliah dulu, sebagaimana yang kita sedia maklum wanita di zaman tersebut dizalimi.
Mereka tidak dihormati. Mereka dihina, diguna-guna dan dijadikan hamba.
Namun, selepas kedatangan Islam darjat wanita diangkat tinggi oleh agama tersebut. Tidak bermakna bahawa wanita merupakan pemimpin akan tetapi wanita merupakan pembimbing kepada para pemimpin yang hebat-hebat belaka.
Bak Summayah, "Tangan yang disangka lembut menghayun buaian, menggoncang dunia mencipta sejarah" ��
�� Selepas kedatangan Islam, para wanita Islam diminta untuk menjaga kehormatan dan maruah mereka dengan menutup aurat.
Haaaaaa? Aurat? Apa itu aurat?
Aurat adalah seluruh tubuh badan wanita kecuali bahagian muka dan tapak tangan.
So kita kena tutup semua ni lah?
Yesss, itulah yang diamanahkan oleh Allah kepada kita. Aurat kita adalah maruah kita!
�� Seperti yang dinyatakan dalam surah an-Nur ayat ke-31:
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat..."
�� Wah, jadi seruan menutup aurat ni sebagai tanda kehormatan diri kita sebagai seorang wanita. Plus, seruan ni dah lama sangat jadi mereka yang masih belum menutup aurat ni adalah golongam yang jahil sebab diorang ni out-dated ataupun up-to-date tapi acacah taktahu ��
Tapi kalau macam tu bukan ke hipokrit?
Lebih kurang lah, sebab diorang kata seruan belum sampai padahal dalam quran kan dah sebut ����
�� Seperti yang dinyatakan dalam ayat al-Quran surah ar-Rahman ayat ke-57:
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Nikmat?
Yelah tutup aurat ni merupakan satu nikmat tau. Kalau kita dedahkn aurat kita, entah apa jenis penyakit yang hinggap.
Jangan jangan penyakit lelaki,
Jangan jangan penyakit situasi,
Jangan jangan balasan Illahi ��
Nauzubillah min zalik ��
Jadi, sebab tulah kita diarahkan untuk menutup aurat. Untuk kebaikan kita juga ya haura sekalian ��
��Okay tadi kita dah kupas isu aurat dan sedikit tentang hijab.
Tapi kan, tutup aurat tu mcm mana? Main sarung je ke guna kotak ke?
Aih pening lah ������
�� Haaaaa, tutup aurat ni sebenarnya memerlukan kita untuk memakai pakaian yang longgar untuk menutup tubuh badan kita, memakai hijab yang labuh bagi menutup rambut kita sehingga ke bahagian dada. Tidak lupa juga menutup bahagian kaki
�� Seperti yang dinyatakan dalam surah an-Nur ayat ke 31 juga:
"...Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau..."
��Jadi sudah jelas mengenai aurat? Aiwah! Mari kita berganjak kepada isu sebenar kita pada malam ini��
�� Persepsi kebanyakan masyarakat akhir zaman kini melabelkan hijab sebagai sesuatu yang hanya boleh dikenakan oleh mereka (wanita) yang sempurna.
Hmmmmmm, saya sorang je ke yang rasa mcm ada something wrong somewhere dengan persepsi tu?,������
��Dan kata mereka lagi, wanita yang berhijab ini adalah bidadari yang tidak melakukan sebarang kesalahan.
Hmmmm������
�� Dan yang lebih menyedihkan... Terdapat segelintir masy Islam yang turut melabel wanita berhijab sedemikian rupa. Tak kira bangsa.
�� Mereka kata,
hey dia pakai hijab peh agama mesti mantap
Peh dia pakai tudung mesti dekat gila dengan Allah
Wahh dia pakai tudunglah sempurna nya diaaaa..
Hmmmm ������
��Bukan nak kata itu suatu perkara yang buruk semoga apa yang mereka katakan itu menjadi doa yang termakbul aamiin.
Akan tetapi yang bahayanya adalah mentaliti mereka ��
�� Sebab, bila mereka mereka yang memakai tudung ni membuat kesalahan...
Hoi tak gunalah pakai tudung tapi bla bla bla
Weh kau cabut jelah tudung kau tu perangai macam bla bla bla
Kau kenapa buat malu agama lain kAli jAngan pakai Tudung bla bla bla
Coppppppppppp ❗
Assalamualaikum???
Awak ingat, mereka yang pakai tudung ni maksum ke? Takde cacat cela?
Kenapa bila dia buat salah suruh dia buka tudung? Kenapa salahkan tudung?
Bak kata ustaz kalau ada masalah dengan kawan yang dipotong masalahnya bukan silaturahimnya.
Jadi, bila ada masalah selesaikan masalahnya bukan cabut tudungnya ��
�� Dan mereka kata lebih baik takpayah pakai tudung langsung daripada pakai tudung lepas tu bukak.
Hmm ������
Awak ni kenapa?
Awak nak kata yang lebih baik terus ingkar perintah Allah seumur hidup dia daripada ingkar perintah Allah 50 tahun lepas tu lagi 50 tahun bertaqwa kepada Allah?
Think lah.
Mana yang lebih elok? ��
�� Apa yang lawak dalam mentaliti diorang ni.
Diorang kata:
Weh kau dah pakai tudung eh?
Wah mesti kau dah perfect kan?
Okay pastikan kau kekal perfect tau sebab kalau kau tak perfect kau takleh pakai tudung.
Hahahaha nak masuk Maharaja Lawak ke? ��
❤Sayangku sekalian, kami pakai tudung tak bererti kami bidadari, sempurna.
Kami tetap manusia.
Yang buat salah dan taubat.
Pastu buat salah dan taubat.
Memetik kata kata dari ceramah Yasmin Mohaged.
"Sekiranya di dunia ini seluruh manusia tidak melakukan kesalahan, Allah lebih sanggup menghapuskan kaum kaum tersebut dan menggantikannya dengan manusia yang akan membuat kesalahan dan kemudiannya bertaubat"
��Kenapa?
Sebab Allah itu Maha Penyayang. Maha Pengampun.
Allah suka mengampunkan hambaNya.
��Malah Allah suka akan proses mereka meminta maaf.
SubhanAllah, Allahu Akbar! ����❤
❤Dan seringkali bila kita dalam keadaan yang kelam kabut pasrah dan sebagainya,
Akan datang syaitan bagi membisikkan kata kata maut
Dia kata,
Dah lah weh, give up je
Takde guna dah matilah kau
Hey come on la diorang dah maki kau kan, kau cabut je tudumg kau
Coppppppppp ❗❗❗❗
No no no no ❗
Jangan percaya.
��Itu semua angkara SYAITAN.
Syaitan nak kita kecundang.
Syaitan nakkan kita berputus asa.
Berputus asa itu bukan sifat Allah.
Dan Allah takkan pernah mengarahkan kita untuk berputus asa.
Allah nilai kita dari segi usaha.
Jadi apabila kita gagal, tapi kita gagal bersungguh-sungguh nescaya Allah akan memberikan ganjaran pahala kepada kita.
�� Kesimpulannya habibati sekalian, masyarakat yang mempunyai mentaliti seperti ini adalah sahabat baik kepada ��
Sebab?
Sebab mereka memutuskan usaha kita. Mereka tak menyokong kita dalam berbuat kebaikan.
�� Macam mana nak atasi?
Dengan berpegang teguh kepada Allah ��
Walaupun kadang-kadanh kita rasa hina nak mengahadap Allah, rasa hipokrit tiba2 berdoa. Rasa macam dah terlalu jauh untuk berpatah balik ke pangkuan Allah.
Batalkan semua perasaan tu.
Sebab Allah menyayangi hambaNya yang bertaubat.
Berbuat baik dan dalam pada masa yang sama ajaklah mereka untuk berbuat kebaikan. Sekian perkongsian saya pada malam ini. Sodhoqallah hul azim ��