Posts

Saturday, 28 January 2017

USRAH 28 JAN 2017 : Persahabatan

๐ŸŒนUsrah Bunga-bunga Firdausi๐ŸŒน

๐Ÿ—“ 28/01/2017

โœจTajuk: Persahabatan

โœจOleh: Nur Bartishia Awadah

Sebelum itu, ayuh seperti biasa kita mulakan perbincangan kita dengan bacaan al-Fatihah. โ˜๐Ÿป

Bisirril fatihah ๐Ÿ’

โ€Žุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู
Al-Fฤtiฤฅah:1 - Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

โ€Žุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ
Al-Fฤtiฤฅah:2 - Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
โ€Žุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู
Al-Fฤtiฤฅah:3 - Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

โ€Žู…ูŽุงู„ููƒู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ุฏูู‘ูŠู†ู
Al-Fฤtiฤฅah:4 - Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

โ€ŽุฅููŠูŽู‘ุงูƒูŽ ู†ูŽุนู’ุจูุฏู ูˆูŽุฅููŠูŽู‘ุงูƒูŽ ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู†ู
Al-Fฤtiฤฅah:5 - Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

โ€Žุงู‡ู’ุฏูู†ูŽุง ุงู„ุตูู‘ุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽู‚ููŠู…ูŽ
Al-Fฤtiฤฅah:6 - Tunjukilah kami jalan yang lurus.

โ€ŽุตูุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ุนูŽู…ู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุงู„ู’ู…ูŽุบู’ุถููˆุจู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุง ุงู„ุถูŽู‘ุงู„ูู‘ูŠู†ูŽ
Al-Fฤtiฤฅah:7 - Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Aamiin โ˜บ

Bismillahirrahmanirrahim. In shaa Allah malam ni saya nak berkongsi ilmu bertajuk "Persahabatan"

Rasanya dekat sini semua ada sahabat masing2 kan? Korang tahu atau tidak erti "Persahabatan" yg sebenar? Dan mcm mana seorang Sahabat yg baik? Okay, saya nak bgtahu ni. Pay attention please ๐Ÿค—

Persahabatan adalah istilah yg digunakan utk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong menolong antara dua orang atau lebih. Macam yg kita selalu buat dlm Group Bunga-Bunga firdausi ni la ๐Ÿ˜„
Sahabat yg baik pula adalah seseorang yang apabila kalian melihat wajahnya, kalian teringat akan Allah dan mendengar kata-katanya dapat menambahkan ilmu agama kita โ˜บ

Okay, siapa sahabat baik anda yg terlintas difikiran sekarang ni? ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š mesti ada kan ๐Ÿ‘ญ๐Ÿ‘ญ

Sabda Rasulullah ๏ทบ yang bermaksud, "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu dengan memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah dia dengan nama yg paling disenanginya" (HR Al-Tabrani)

Baik, berdasarkan hadis diatas, saya nak share tentang ciri-ciri seorang sahabat yg baik. Kalian rasa kalian sahabat yg baik? Atau sahabat kalian itu baik? Jom kita check kita/sahabat kalian ada ciri-ciri ni takkkkkk ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

 Menurut pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah ๏ทบ) kepada anaknya;
"Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang yg sifatnya seperti..

๐ŸŒธ "Pilihlah sahabat yg suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita. Dan jika dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan"
     
Contoh, saya rasa kat sini mesti kebanyakannya protective akan sahabat masing2 bukan? ๐Ÿ˜Š sikap suka melindungilah tu. Dan apabila sahabat kita memerlukan bantuan tk cukup duit ke apa, mesti kita cuba juga utk tolong jugakan? Alhamdulillah. Satu ciri, kalian dah ada ๐Ÿ‘

๐ŸŒธ "Pilihlah sahabat yg jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu"

Apa salahnya bila kalian perasan sahabat kalian macam pelik sikit haritu, kalian tanyalah "weh, kau okay tak?" atau "Weh air ni tawar. Cuba kau senyum sikit,  mungkin lebih manis." Ha gituwww. Tak salahlah sekali sekala jadi sweet talker jap utk sahabat kecintaan kalian tu ๐Ÿ˜

๐ŸŒธ"Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yg berat, dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu."

 Allah berfirman dlm surah Al-Hujurat ayat 10 yg bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu(yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."

Baik, siapa kat sini yg pernah/sedang berselisih faham dgn sahabat masing-masing? Based on ayat yg saya share tadi, obviously la boleh nampakkan yg kalian sebaiknya cepat-cepatlah berdamai, jgn gaduh-gaduh ehh. Tapii persoalan skrg, mcm mana nak berdamai? Ha in shaa Allah saya akan share kat sini ๐Ÿ˜Š

Sahabat bunga bunga firdausi sekalian...

๐ŸŒˆDari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah ๏ทบ bersabda: Musa bin Imran pernah berkata, "Wahai Tuhanku, siapakah orang-orang yang paling mulia pada pandanganmu?" Lalu Allah swt menjawab; "Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam" (HR Baihaqi)                      

Haaaaa sooo kalian taknak ke dipandang mulia disisi Allah swt? Senyum senyum ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Berilah maaf. Tak salah pun. Mhmm tak rindu ke sahabat anda tu bergaduh lama-lama? Tepuk dada tanya hati suruh hati tepuk tepuk iman tu hehe

 ๐ŸŒˆ Cuba untuk bicara hati ke hati. Try ambil satu masa utk slowtalk dengan sahabat anda tu โœŒ Secara bertolak ansur dan matang, masing-masing utarakan apa ketidakpuasan yg dok simpan dlm hati tu. Berbicaralah menurut pertimbangan akal yg waras, sopan santun, lembut dan lunak serta elakkan drpd bercakap kasar. Berkata kata selembut mungkin ye. Dan jangan lupa untuk menerima ketidakpuasan hatinya secara terbuka juga okay?

 ๐ŸŒˆ Andai kata tak berkesan juga, cuba berikan sahabat anda sedikit masa. Mungkin hatinya tengah serabut memikirkan permasalahan yg dihadapinya. Siapa tahu kan? Bersangka baik sahajalah ๐Ÿ˜‰Cuba bertolak ansur dan jgn terlalu memaksa, sebaliknya cuba fahami keadaannya. In shaa Allah, tak hilanglah sahabat anda itu andai kalian meletakkan ukhuwah yg dibina itu diatas niat kerana Allah swt ๐Ÿ’•

Alhamdulillah tamat sudah perkongsian usrah dari saya malam ni. Terima kasih kerana meluangkan masa awak bersama saya โ˜บ๐Ÿ˜ maaf sekiranya usrah saya ni tak menarik... ๐Ÿ˜